Membina personaliti kanak-kanak dan remaja berdasarkan Hikayat Musang Berjanggut

Kajian ini bertitik-tolak daripada perkembangan semasa yang mengangkat cerita folklor Barat sebagai bahan bacaan kanak-kanak remaja walau kandungannya nyata menyimpang daripada nilai Islam dan adab ketimuran. Pemaparan adegan berbau seksual dan berahi dalam cerita-cerita tersebut nyata memberi imp...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hamdan, Rahimah
Format: Article
Published: Asian Scholars Network 2021
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94143/
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/12567
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertitik-tolak daripada perkembangan semasa yang mengangkat cerita folklor Barat sebagai bahan bacaan kanak-kanak remaja walau kandungannya nyata menyimpang daripada nilai Islam dan adab ketimuran. Pemaparan adegan berbau seksual dan berahi dalam cerita-cerita tersebut nyata memberi impak yang tidak baik kepada perbentukan personaliti kanak-kanak dan remaja. Apatah lagi kekaburan definisi sastera kanak-kanak dan remaja tambah merumitkan keadaan. Justeru, untuk mengatasi permasalahan ini, masyarakat perlu kembali kepada hasil tinggalan persuratan Melayu yang merupakan bukti keintelektualan bangsa seperti genre Kesusasteraan Hikayat. Kajian ini akan menggunakan salah satu teks dalam genre ini iaitu Hikayat Musang Berjanggut dengan objektif kajian untuk mengenalpasti watak dalam teks ini yang dapat membentuk personaliti kanak-kanak dan remaja serta menganalisis kemampuan watak tersebut dalam membentuk personaliti golongan yang disasarkan. Metodologi kajian adalah menggunakan kaedah analisis teks dengan Hikayat Musang Berjanggut berteraskan kepada kerangka keperibadian Islam menurut Hassan al-Banna dalam kitabnya Majmu‘ah al-Rasaīl li al-Imām al-Syāhid. Al-Banna menggariskan 9 ciri utama keperibadian Islam iaitu kuat akidah dan ibadah, akhlak yang tinggi, kekuatan jasmani, intelek dalam berfikir, berjuang melawan hawa nafsu, menjaga waktu, teratur dalam urusan, kemampuan berdikari dan bermanfaat kepada orang lain. Dapatan kajian mendapati watak Kamalul Arifin dan Dang Seri Arif Laksana menepati kerangka keperibadian Islam oleh Hasan al-Banna. Ini membawa kepada justifikasi kajian bahawa tepatlah Hikayat Musang Berjanggut dijadikan bahan bacaan terhadap kanak-kanak remaja bagi menggantikan cerita-cerita folklor Barat yang nyata tersasar untuk membentuk personaliti generasi muda ini. Rumusannya, karya yang selayaknya dijadikan bahan bacaan kanak-kanak dan remaja adalah yang diwariskan oleh intelektual bangsa seperti genre Kesusasteraan Hikayat. Genre ini yang tidak seharusnya dipinggir atau dilupakan kerana banyaknya panduan dan pengajaran yang ditinggalkan demi melahirkan generasi Islam berilmu, beradab dan berpersonaliti tinggi.