Program Gema Budaya dan Warisan gamit lebih 2000 pengunjung

SERDANG, 25 Jan– Program Gema Budaya Dan Warisan 2010 anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapat sambutan menggalakkan apabila berjaya menarik lebih 2000 pengunjung terdiri daripada warga UPM dan masyarakat setempat....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9412/1/Program_Gema_Budaya_dan_Warisan.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9412/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.9412
record_format eprints
spelling my.upm.eprints.94122013-05-27T07:41:57Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9412/ Program Gema Budaya dan Warisan gamit lebih 2000 pengunjung Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat SERDANG, 25 Jan– Program Gema Budaya Dan Warisan 2010 anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapat sambutan menggalakkan apabila berjaya menarik lebih 2000 pengunjung terdiri daripada warga UPM dan masyarakat setempat. Ketua Penolong Pendaftar PKKSSAAS, Anuar Ahmad berkata jumlah itu melepasi sasaran 1000 pengunjung ke program yang diadakan selama dua hari bermula 25 hingga 26 Januari lalu. “Berdasarkan tinjauan yang dibuat kami menganggarkan jumlah pengunjung yang hadir melebihi 2000 orang dan ia menunjukkan sambutan daripada orang ramai agak menggalakkan. “Maklum balas daripada pengunjung juga baik dan rata-rata mereka menyifatkan program ini memberi banyak manfaat dan tidak rugi berkunjung ke program ini,” katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran program Gema Budaya dan Warisan di dewan Besar PKKSSAAS-UPM di sini. Program itu dirasmikan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohd. Fauzi Ramlan. Anuar yang merupakan ketua penyelaras program berkata, program julung kali dianjurkan itu bertujuan memartabatkan budaya dan warisan bangsa dalam kalangan pelajar serta staf UPM selain memperkenalkan kumpulan kesenian yang terdiri daripada warga UPM yang telah berjaya mengikuti kursus-kursus kesenian dan kebudayaan anjuran PKKSSAAS. Menurut beliau, banyak acara menarik telah diadakan sempena program itu antaranya pameran batik, demonstrasi mencanting batik, jualan batik, jualan gerai makanan dan minuman, kursus apresiasi budaya, pertandingan karaoke, caklempong, wayang kulit, pentomen Ulik Mayang, explorace, permainan tradisional kanak-kanak, gamelan dan dikir barat. Beliau berharap, program itu dapat memberi inspirasi kepada warga kampus untuk memartabatkan budaya dan warisan bangsa selain dapat dijadikan sebagai acara tahunan pada masa akan datang. “Kita mempunyai ramai pelajar yang mengikuti kursus-kursus kesenian dan kebudayaan anjuran PKKSSAAS dan kita mahu mengetengahkan bakat-bakat yang ada,” katanya. 2011-01-25 UPM News NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9412/1/Program_Gema_Budaya_dan_Warisan.pdf Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Program Gema Budaya dan Warisan gamit lebih 2000 pengunjung. [UPM News]
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
description SERDANG, 25 Jan– Program Gema Budaya Dan Warisan 2010 anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapat sambutan menggalakkan apabila berjaya menarik lebih 2000 pengunjung terdiri daripada warga UPM dan masyarakat setempat. Ketua Penolong Pendaftar PKKSSAAS, Anuar Ahmad berkata jumlah itu melepasi sasaran 1000 pengunjung ke program yang diadakan selama dua hari bermula 25 hingga 26 Januari lalu. “Berdasarkan tinjauan yang dibuat kami menganggarkan jumlah pengunjung yang hadir melebihi 2000 orang dan ia menunjukkan sambutan daripada orang ramai agak menggalakkan. “Maklum balas daripada pengunjung juga baik dan rata-rata mereka menyifatkan program ini memberi banyak manfaat dan tidak rugi berkunjung ke program ini,” katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran program Gema Budaya dan Warisan di dewan Besar PKKSSAAS-UPM di sini. Program itu dirasmikan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohd. Fauzi Ramlan. Anuar yang merupakan ketua penyelaras program berkata, program julung kali dianjurkan itu bertujuan memartabatkan budaya dan warisan bangsa dalam kalangan pelajar serta staf UPM selain memperkenalkan kumpulan kesenian yang terdiri daripada warga UPM yang telah berjaya mengikuti kursus-kursus kesenian dan kebudayaan anjuran PKKSSAAS. Menurut beliau, banyak acara menarik telah diadakan sempena program itu antaranya pameran batik, demonstrasi mencanting batik, jualan batik, jualan gerai makanan dan minuman, kursus apresiasi budaya, pertandingan karaoke, caklempong, wayang kulit, pentomen Ulik Mayang, explorace, permainan tradisional kanak-kanak, gamelan dan dikir barat. Beliau berharap, program itu dapat memberi inspirasi kepada warga kampus untuk memartabatkan budaya dan warisan bangsa selain dapat dijadikan sebagai acara tahunan pada masa akan datang. “Kita mempunyai ramai pelajar yang mengikuti kursus-kursus kesenian dan kebudayaan anjuran PKKSSAAS dan kita mahu mengetengahkan bakat-bakat yang ada,” katanya.
format UPM News
author Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
spellingShingle Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Program Gema Budaya dan Warisan gamit lebih 2000 pengunjung
author_facet Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_sort Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
title Program Gema Budaya dan Warisan gamit lebih 2000 pengunjung
title_short Program Gema Budaya dan Warisan gamit lebih 2000 pengunjung
title_full Program Gema Budaya dan Warisan gamit lebih 2000 pengunjung
title_fullStr Program Gema Budaya dan Warisan gamit lebih 2000 pengunjung
title_full_unstemmed Program Gema Budaya dan Warisan gamit lebih 2000 pengunjung
title_sort program gema budaya dan warisan gamit lebih 2000 pengunjung
publishDate 2011
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9412/1/Program_Gema_Budaya_dan_Warisan.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9412/
_version_ 1643824305847402496
score 13.160551