Pelajar PhD UPM menang Merck Young Scientist Award 2010

SERDANG, 13 Jan – Pelajar pasca-siswazah Universiti Putra Malaysia (UPM), Yap Wei Boon, 27, muncul pemenang kategori kromatografi pada majlis Merck Young Scientist Award 2010 (MYSA) setelah berjaya menghasilkan produk penyelidikan Histag Hepatitis B Core Antigen yang dapat mengesan penyakit hepatiti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Malay
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9307/1/Pelajar_PhD_UPM.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9307/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.9307
record_format eprints
spelling my.upm.eprints.93072013-05-27T07:41:35Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9307/ Pelajar PhD UPM menang Merck Young Scientist Award 2010 Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat SERDANG, 13 Jan – Pelajar pasca-siswazah Universiti Putra Malaysia (UPM), Yap Wei Boon, 27, muncul pemenang kategori kromatografi pada majlis Merck Young Scientist Award 2010 (MYSA) setelah berjaya menghasilkan produk penyelidikan Histag Hepatitis B Core Antigen yang dapat mengesan penyakit hepatitis B selain merangsang sistem imuniti badan. Beliau yang masih meneruskan pengajian PhD dalam jurusan Kejuruteraan Genetik dan Biologi Molekul berjaya menghasilkan produk itu melalui penyelidikan tesisnya mengenai pencegahan alternatif penyakit hepatitis B menerusi vaksin atau diagnosis. Kejayaan itu membolehkan Wei Boon membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 , sijil penyertaan serta dinobatkan sebagai Merck Young Scientist 2010. Hadiah disampaikan oleh Pengarah Urusan Merck Sdn. Bhd, Justus Krause-Harder. Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Sains), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Datin Paduka Dr. Khatijah Yusof dan Duta Jerman di Malaysia Dr. Guenter Gruber. Menurut Wei Boon, Histag Hepatitis B Core Antigen adalah sejenis cecair antigen yang diperoleh dalam bakteria melalui proses kromatografi dan ia boleh meningkatkan sistem imuniti badan pesakit hepatitis B. “Kromatografi merupakan suatu proses mengasingkan sesuatu bahan yang kita mahu dengan bahan yang kita tak mahu. Dalam konteks ini saya mengasingkan antigen yang terdapat dalam bakteria yang sangat berguna untuk mengesan penyakit hepatitis B selain meningkatkan imunisasi badan. “Penyelidikan ini bertujuan menghasilkan antigen yang lebih murah berbanding antigen yang diimport. Ia murah kerana proses menghasilkan bahan ini lebih mudah daripada kaedah sedia ada,” katanya yang menyiapkan projek itu selama setahun setengah bermula tahun 2007 hingga awal 2009. MYSA yang bermula April tahun lalu adalah anjuran Merck Sdn. Bhd iaitu anak kumpulan syarikat multinasional Merck KGaA yang beribu pejabat di Jerman. Program itu bertujuan mengiktiraf hasil penyelidikan tempatan dalam bidang biosains. MYSA terbuka kepada penyelidik tempatan dengan hasil penyelidikan dalam bidang sains akan diterbitkan dalam mana-mana penerbitan. Hanya kajian dalam bidang biosains dan kromatologi akan diterima. Penyelidikan juga mestilah dibuat di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan. Keaslian, kualiti dan implikasi kajian kepada masa depan pembangunan biosains atau aplikasi kromatologi di Malaysia adalah elemen penting dalam proses penilaian pemenang. 2011-01-13 UPM News NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9307/1/Pelajar_PhD_UPM.pdf Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Pelajar PhD UPM menang Merck Young Scientist Award 2010. [UPM News] Malay
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
Malay
description SERDANG, 13 Jan – Pelajar pasca-siswazah Universiti Putra Malaysia (UPM), Yap Wei Boon, 27, muncul pemenang kategori kromatografi pada majlis Merck Young Scientist Award 2010 (MYSA) setelah berjaya menghasilkan produk penyelidikan Histag Hepatitis B Core Antigen yang dapat mengesan penyakit hepatitis B selain merangsang sistem imuniti badan. Beliau yang masih meneruskan pengajian PhD dalam jurusan Kejuruteraan Genetik dan Biologi Molekul berjaya menghasilkan produk itu melalui penyelidikan tesisnya mengenai pencegahan alternatif penyakit hepatitis B menerusi vaksin atau diagnosis. Kejayaan itu membolehkan Wei Boon membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 , sijil penyertaan serta dinobatkan sebagai Merck Young Scientist 2010. Hadiah disampaikan oleh Pengarah Urusan Merck Sdn. Bhd, Justus Krause-Harder. Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Sains), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Datin Paduka Dr. Khatijah Yusof dan Duta Jerman di Malaysia Dr. Guenter Gruber. Menurut Wei Boon, Histag Hepatitis B Core Antigen adalah sejenis cecair antigen yang diperoleh dalam bakteria melalui proses kromatografi dan ia boleh meningkatkan sistem imuniti badan pesakit hepatitis B. “Kromatografi merupakan suatu proses mengasingkan sesuatu bahan yang kita mahu dengan bahan yang kita tak mahu. Dalam konteks ini saya mengasingkan antigen yang terdapat dalam bakteria yang sangat berguna untuk mengesan penyakit hepatitis B selain meningkatkan imunisasi badan. “Penyelidikan ini bertujuan menghasilkan antigen yang lebih murah berbanding antigen yang diimport. Ia murah kerana proses menghasilkan bahan ini lebih mudah daripada kaedah sedia ada,” katanya yang menyiapkan projek itu selama setahun setengah bermula tahun 2007 hingga awal 2009. MYSA yang bermula April tahun lalu adalah anjuran Merck Sdn. Bhd iaitu anak kumpulan syarikat multinasional Merck KGaA yang beribu pejabat di Jerman. Program itu bertujuan mengiktiraf hasil penyelidikan tempatan dalam bidang biosains. MYSA terbuka kepada penyelidik tempatan dengan hasil penyelidikan dalam bidang sains akan diterbitkan dalam mana-mana penerbitan. Hanya kajian dalam bidang biosains dan kromatologi akan diterima. Penyelidikan juga mestilah dibuat di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan. Keaslian, kualiti dan implikasi kajian kepada masa depan pembangunan biosains atau aplikasi kromatologi di Malaysia adalah elemen penting dalam proses penilaian pemenang.
format UPM News
author Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
spellingShingle Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Pelajar PhD UPM menang Merck Young Scientist Award 2010
author_facet Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_sort Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
title Pelajar PhD UPM menang Merck Young Scientist Award 2010
title_short Pelajar PhD UPM menang Merck Young Scientist Award 2010
title_full Pelajar PhD UPM menang Merck Young Scientist Award 2010
title_fullStr Pelajar PhD UPM menang Merck Young Scientist Award 2010
title_full_unstemmed Pelajar PhD UPM menang Merck Young Scientist Award 2010
title_sort pelajar phd upm menang merck young scientist award 2010
publishDate 2011
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9307/1/Pelajar_PhD_UPM.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9307/
_version_ 1643824273057382400
score 13.18916