Kajian Silang-Budaya: Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Ukuran Inventori Pengalaman dalam Perhubungan Intim dan Aplikasinya daripada Aspek Etnik dan Gender

Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan Inventori Pengalaman dalam Perhubungan Intim (IPPJ) secara silang-budaya dalam konteks Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat perbezaan antara stail perapatan mengikut etnik dan gender. Subjek kajian terdiri daripada 3...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lee, Kuok Lee
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9287/1/FPP_2002_12.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9287/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan Inventori Pengalaman dalam Perhubungan Intim (IPPJ) secara silang-budaya dalam konteks Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat perbezaan antara stail perapatan mengikut etnik dan gender. Subjek kajian terdiri daripada 360 orang pelajar Master dan Ph.D yang sekurang-kurangnya pernah melalui pengalaman romatik dari Fakulti Pengajian Pendidikan di sebuah universiti tempatan yang dipilih secara rawak berlapis. Daripada 360 subjek kajian, seramai 228 adalah pelajar perempuan dan 132 adalah pelajar lelaki. Mereka adalah terdiri daripada 238 pelajar Melayu, 95 pelajar Cina dan 27 pelajar India. Kebolehpercayaan dan kesahan kandungan item-item dan skala dalam IPPI telah diuji melalui analisis item. Kesahan gagasan inventori juga diuji melalui analisis faktor dan analisis faktor pengesahan. Walaupun dapatan kajian menunjukkan pekali kebolehpercayaan yang tinm tetapi analisis item menerangkan kekurangan kesahan kandungan dalam beberapa item. Hasil kajian yang berhubung dengan kesahan gagasan inventori tersebut adalah pelbagai. Analisis faktor yang memaparkan kewujudan dua set item di mana sebahagiannya menyokong struktur faktor dan saranan dua dimensi perapatan seperti yang dicadangkan oleh pengasas inventori. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa item tidak dimua tkan secara menonjol dalam dua dimensi tersebut.Keputusan ini bercanggah dengan teori perhubungan asal di kalangan faktor-faktor dalam inventori menggunakan warga Malaysia. Kesukaran bahasa juga ditunjukkan dan ia didapati berkaitan dengan beberapa masalah kesahan.