Hubungan Caragaya Keibubapaan dengan Salah Laku Seksual Remaja Perempuan di Taman Seri Puteri

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan di antara caragaya keibubapaan dengan salah laku seksual di kalangan remaja perempuan di Taman Seri Puteri. Seramai 132 orang pelatih Taman Seri Puteri terlibat dalam kajian ini iaitu 43 orang dari Taman Seri Puteri Batu Gajah, Perak, 17 orang dari Tama...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tambol, Zainab
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9286/1/FPP_2002_11.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9286/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan di antara caragaya keibubapaan dengan salah laku seksual di kalangan remaja perempuan di Taman Seri Puteri. Seramai 132 orang pelatih Taman Seri Puteri terlibat dalam kajian ini iaitu 43 orang dari Taman Seri Puteri Batu Gajah, Perak, 17 orang dari Taman Seri Puteri Cheras, Selangor dan 72 orang dari Taman Seri Puteri Rembau, Negeri Sembilan. Subjek-subjek dalam kajian ini dipilih secara persampelan rawak mudah. Alat ukuran yang direka oleh Schaefer pada tahun 1965, Children's Report Parental Behavior Inventory telah digunakan untuk mengukur caragaya keibubapaan di kalangan remaja. Sebagai tambahan, satu soal selidik yang ringkas digunakan untuk mengenalpasti pengalaman seksual responden remaja di Taman Seri Puteri. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan program SPSS Windows 10.0. Kaedah statistik yang digunakan ialah peratusan, min, sisihan piawai, kekerapan, Anova, Ujian t dan korelasi pearson. Keputusan kajian menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara caragaya keibubapaan dengan salah laku seksual di kalangan remaja di Taman Seri Puteri sarna ada dalam aktiviti persetubuhan atau seksual bilazim. Hasil kajian juga mendapati wujudnya perbezaan yang signifikan antara caragaya keibubapaan yang diamalkan oleh bapa dengan caragaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu remaja di Taman Seri Puteri. Dari segi sudut tingkah laku seksual implikasi daripada maklumat dalam kaiian ini kepada sudut sosial ialah agar dapat dibuat satu garapan baru dari segi menghasilkan dan melaksanakan program pendidikan seks yang efektif. Program pendidikan tersebut hendaklah dibuat segera terutamanya oleh pihak yang bertanggungjawab dan berkuasa supaya masalah salah laku seksual dapat dibendung dari berleluasa.