Bahasa antara dalam perbualan penutur bukan Melayu

Penutur bahasa pertama yang masih belum menguasai bahasa kedua akan menghadapi pelbagai masalah berkomunikasi dengan lancar dan kadang kala berlaku pelbagai salah faham dalam menyampaikan makna sebenar. Bahasa yang terjadi sepanjang peralihan daripada bahasa pertama kepada bahasa kedua ini disebu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Kadir, Fatin Rabiha
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/92157/1/FBMK%202017%2040%20-%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/92157/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penutur bahasa pertama yang masih belum menguasai bahasa kedua akan menghadapi pelbagai masalah berkomunikasi dengan lancar dan kadang kala berlaku pelbagai salah faham dalam menyampaikan makna sebenar. Bahasa yang terjadi sepanjang peralihan daripada bahasa pertama kepada bahasa kedua ini disebut Bahasa Antara. Kehadiran Bahasa Antara sebagai indikator bahasa penutur menunjukkan kepincangan dan tahap yang lemah dalam kalangan penutur bukan Melayu memberi ruang kepada pengkaji untuk mengkaji fenomena Bahasa Antara dalam aspek perbualan. Kajian ini menyenaraikan tiga objektif, iaitu mengenal pasti Bahasa Antara yang terdapat dalam perbualan penutur bukan Melayu, menganalisis makna Bahasa Antara dalam perbualan penutur bukan Melayu menggunakan pendekatan Pragmatik dan merumuskan kategori Bahasa Antara dalam perbualan penutur bukan Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan seramai sembilan orang penutur bukan Melayu dijadikan sampel kajian. Lokasi kajian adalah di Universiti Putra Malaysia. Seterusnya, data perbualan yang dirakam menggunakan alat perakam suara ditranskripsikan dan dianalisis secara kualitatif berdasarkan pemerhatian terhadap proses pembentukan Bahasa Antara yang dinyatakan oleh Selinker. Selanjutnya, perbualan tersebut diinterpretasi berdasarkan teori Relevans. Dapatan analisis mendapati kelima-lima proses pembentukan Bahasa Antara yang dikemukakan oleh Selinker berlaku dalam perbualan dengan menunjukkan kehadiran Strategi Komunikasi, Strategi Pemindahan Bahasa, Pemindahan Latihan, Strategi Pembelajaran dan Generalisasi Terlampau. Di samping itu, melalui teori Relevans (Sperber & Wilson, 1986; 1995), dapatan menunjukkan perbualan yang mengandungi Bahasa Antara mengaplikasikan peranan konsep konteks, kesan konteks dan usaha memproses bagi menginterpretasikan makna yang tidak jelas.