Tekanan di Kalangan Kaunselor Pelajar Sepenuh Masa di Sekolah-Sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan

Kajian ini dijalankan bertujuan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan tekanan serta mengenalpasti kesan-kesan tekanan dan paras tekanan yang dialami oleh kaunselor pelajar sekolah-sekolah menengah di Wilayah Persekutuan. Seramai 58 responden telah mengisi borang soal selidik di mana...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shahkat Ali, Sakhilah
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1999
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9158/1/FPP_1999_49_A.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9158/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan tekanan serta mengenalpasti kesan-kesan tekanan dan paras tekanan yang dialami oleh kaunselor pelajar sekolah-sekolah menengah di Wilayah Persekutuan. Seramai 58 responden telah mengisi borang soal selidik di mana seramai 23 responden adalah lelaki dan 35 responden adalah perempuan. Setiap responden adalah Kaunselor Pelajar yang telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan. Data yang diperolehl dianalisis secara "SPSS-X". Pembolehubah-pembolehubah tunggal dilaporkan dalam bentuk peratusan, min, median dan kekerapan. Manakala perkaitan angkubah bebas dan angkubah bersandar diuji dengan menggunakan ujian t dan Korelasi Pearson(r). Dapatan kajian menunjukkan faktor-faktor seperti Tekanan Kerja, Bidang Kerja, Perhubungan Kerja serta Konflik Peranan merupakan punca tekanan yang utama dengan min skor masing-masing melebihi 3.000. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perkaitan di antara Kaunselor Pelajar yang mempunyai paras tekanan yang tinggi terhadap masalah fisiologi dan psikologi. Paras tekanan adalah tinggi dengan min 300.138. Seramai 31 responden (52.7%) telah memperolehi skor 'Life Change Unit' (LCU) melebihi 300 unit. Ini menandakan Kaunselor Pelajar di sekolahsekolah menengah di Wilayah Persekutuan mengalami tekanan yang sangat tinggi.