Penyertaan penduduk Bandar Baru Bangi dalam pendidikan dan latihan

Pembangunan sumber manusia adalah suatu bidang yang luas dan tidak terfokus semata-mata kepada aspek pembangunan diri di sektor organisasi kerja. Teras dalam bidang pembangunan sumber manusia seharusnya juga ditakrif menurut konteks pembangunan personal, kerjaya dan masyarakat, iaitu meliputi bi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Omar, Nik Hairi
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1998
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9094/1/FPP_1998_89%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9094/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan sumber manusia adalah suatu bidang yang luas dan tidak terfokus semata-mata kepada aspek pembangunan diri di sektor organisasi kerja. Teras dalam bidang pembangunan sumber manusia seharusnya juga ditakrif menurut konteks pembangunan personal, kerjaya dan masyarakat, iaitu meliputi bidang pembangunan di dalam dan di luar organisasi kerja secara sekaligus. Penulisan dan penyelidikan yang memperteguhkan dimensi pembangunan manusia dalam konteks sebegini didapati agak terabai dan terpisah. Justeru itu, tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti penyertaan responden dalam pendidikan dan latihan berdasarkan konteks pembangunan personal, kerjaya dan masyarakat. Penyelidikan ini juga bertujuan mengenalpasti sebab penyertaan, penganjur aktiviti, kekerapan dan perbezaan penyertaan di kalangan responden dalam aktiviti pendidikan dan latihan tersebut. Data kajian diperolehi daripada 96 responden yang disampel secara sistematik daripada 972 populasi. Kajian ini menggunakan kaedah taburan frekuansi bagi semua angkubah berkait penyertaan di samping ujian-t dan ANOVA bagi menentukan perbezaan signifikan yang wujud antara faktor sosio demografi tertentu dengan kekerapan penyertaan.