Perancangan kerjaya di kalangan pelajar-pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia

Kajian tetah melihat usaha perancangan pemimpin-pemimpin pelajar-pelajar UKM mempersiapkan diri untuk memasuki alam kerjaya selepas mereka menamatkan pengajian di peringkat ijazah pertama. Kajian ini turut mengambil kira senario kegawatan ekonomi yang sedang dialami oleh negara pada masa ini. Se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hussin, Abd Razak
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1998
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9073/1/FPP_1998_77%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9073/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian tetah melihat usaha perancangan pemimpin-pemimpin pelajar-pelajar UKM mempersiapkan diri untuk memasuki alam kerjaya selepas mereka menamatkan pengajian di peringkat ijazah pertama. Kajian ini turut mengambil kira senario kegawatan ekonomi yang sedang dialami oleh negara pada masa ini. Secara khususnya pula kajian telah meninjau idealisme mereka terhadap kepentingan kerjaya dalam kehidupan, perancangan dan proses pencapaian cita-cita kerjaya dan meneliti tanggapan mereka mengenai kegawatan ekonomi dan peluang-peluang kerjaya untuk mereka. Di samping itu, kajian juga telah meneliti proses membuat keputusan kerjaya yang diamalkan dan mendapatkan maklum balas pelajar terhadap peranan universiti dalam membina ketrampilan pelajar. Informan bagi kajian ini seramai lapan belas orang iaitu enam orang pelajar Melayu, tiga orang pel ajar Cina, dan sembilan orang pegawai/pensyarah UKM. Kesemua orang pelajar itu merupakan pemimpin-pemimpin pelajar yang berada di tahun akhir pengajian mereka. Pendekatan penyelidikan yang digunakan adalah pendekatan kualitatif dan temubual separa berstruktur bagi tujuan mengumpulkan data. Selain itu, panduan temu bual dan pita rakaman mikro juga digunakan. Data yang tetah dikumpul ditranskrip dan seterusnya diproses mengi kut kategori dengan menggunakan perisian TDC II . Kerja-kerja penganalisisan data dilakukan secara serentak ketika kerja-kerja pengumpulannya berlangsung.