Faktor yang mempengaruhi pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek dalam kalangan guru Kolej Vokasional
Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dalam kalangan guru Kolej Vokasional dan menentukan hubungan antara faktor pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan dengan pelaksanaan PBP. Selain itu, kajian juga bertujuan men...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90591/1/FPP%202020%2018%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90591/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan
Projek (PBP) dalam kalangan guru Kolej Vokasional dan menentukan hubungan antara
faktor pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan
dengan pelaksanaan PBP. Selain itu, kajian juga bertujuan menentukan faktor yang
mempengaruhi pelaksanaan PBP dalam kalangan guru. Pemboleh ubah bebas kajian
adalah pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan
manakala pemboleh ubah bersandar adalah pelaksanaan PBP. Kajian deskriptif korelasi
ini melibatkan 292 orang guru bidang vokasional yang mengajar program Diploma
Vokasional Malaysia (DVM) di Zon Tengah yang di pilih secara pensampelan rawak
berstrata berkadar dan pensampelan rawak mudah. Instrumen kajian yang terdiri
daripada pelaksanaan PBP, pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan
pengetahuan kandungan diadaptasi daripada kajian Schmidt et al. (2009), Pamuk et al.
(2013) dan Hixson, Ravitz dan Whisman (2012). Data kajian diperoleh melalui soal
selidik dan dianalisis melalui statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian
menunjukkan pelaksanaan PBP adalah sederhana (M=3.48, SP= 0.69) manakala
pengetahuan teknologi (M=3.75, SP=0.44), pengetahuan pedagogi (M=4.10, SP=0.37)
dan pengetahuan kandungan (M=3.03, SP=0.33) guru berada pada tahap tinggi. Hasil
dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif dan
sederhana antara pengetahuan teknologi dengan pelaksanaan PBP (r=0.435) dan
pengetahuan kandungan dengan pelaksanaan PBP(r=0.302). Selain itu terdapat
hubungan signifikan yang positif dan lemah bagi pemboleh ubah pengetahuan pedagogi
dengan pelaksanaan PBP (r=0.267). Hasil keputusan analisis regresi pula menunjukkan
pemboleh ubah pengetahuan teknologi, pengetahuan kandungan dan pengetahuan
pedagogi menyumbang sebanyak 26.2% dan merupakan faktor peramal terhadap
pelaksanaan PBP. Secara keseluruhannya, pelaksanaan PBP amat bergantung kepada
guru yang berkualiti dan bersedia dari pelbagai aspek pengetahuan. Diharapkan
pelaksanaan PBP bukan sahaja memberi penambahbaikan dalam kaedah, strategi dan
sumber pengajaran guru malah mampu untuk mengubah landskap pendidikan di
Malaysia. |
---|