Pengaruh Disiplin Murid dan Suasana Kerja: Satu Kajian Kes Persepsi Guru Terhadap Motivasi Kerja di Sebuah Sekolah Menengah di Hulu Langat Selangor

Kesukaran menghadapi masalah disiplin murid di sekolah dan suasana kerja yang tidak menyokong adalah punca menyebabkan guru tidak bersemangat untuk bekerja. Ini mempengaruhi secara negatif dan memberi kesan psikologikal kepada motivasi guru terhadap tugas mereka maka objektif kajian ini ialah un...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kadir, Idris
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1998
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9045/1/FPP_1998_53_A.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9045/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesukaran menghadapi masalah disiplin murid di sekolah dan suasana kerja yang tidak menyokong adalah punca menyebabkan guru tidak bersemangat untuk bekerja. Ini mempengaruhi secara negatif dan memberi kesan psikologikal kepada motivasi guru terhadap tugas mereka maka objektif kajian ini ialah untuk mengkaji: (1) Persepsi guru lelaki dan perempuan tentang tingkah laku negatif murid; (2) Persepsi guru lelaki dan perempuan tentang perhatian murid yang positif; (3) Persepsi guru lelaki dan perempuan tentang pengaruh suasana kerja; (4) Persepsi guru tentang hubungan antara motivasi guru dengan tingkah laku negatif murid; (5) Persepsi guru tentang hubungan antara motivasi guru dengan perhatian murid yang positif dan; (6) Persepsi guru tentang hubungan antara motivasi guru dengan suasana kerja. Subjek kajian terdiri daripada 82 orang guru iaitu 31 orang guru lelaki dan 51 orang guru perempuan di sebuah Sekolah Menengah Primbun di Hulu Langat, Selangor. Alat kajian yang digunakan untuk mengukur persepsi guru ialah soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan statistik diskriptif. Keputusan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan pendapat yang signifiken antara guru lelaki dan perempuan terhadap murid yang bertingkah laku negatif. Keputusan menyokong bahawa murid yang bertingkah laku negatif menyebabkan guru tidak bermotivasi terhadap tugas mengajar. Keputusan kajian ini sebaliknya menunjukkan bahawa murid yang memberikan perhatian yang positif menyebabkan guru lelaki dan perempuan bermotivasi tinggi terhadap tugas mengajar. Kajian juga mendapati bahawa faktor suasana kerja yang positif menyebabkan guru lelaki dan perempuan bermotivasi tinggi. Keputusan kajian secara keseluruhan. mendapati bahawa disiplin murid dan suasana kerja sangat berpengaruh terhadap motivasi kerja guru-guru.