"Morale" Guru-Guru Sekolah Rendah
Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap "morale" guru-guru sekolah rendah. Secara lebih terperinci kajian ini bertujuan untuk menentukan (1 ) tahap "morale" guru-guru sekolah rendah secara keseluruhan. (2) perbezaan "morale" guru-guru sekolah jenis kebangsaan Cina,...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
1998
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9010/1/FPP_1998_25_A.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9010/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap "morale" guru-guru sekolah
rendah. Secara lebih terperinci kajian ini bertujuan untuk menentukan (1 )
tahap "morale" guru-guru sekolah rendah secara keseluruhan. (2)
perbezaan "morale" guru-guru sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah
jenis kebangsaan Tamil dan sekolah kebangsaan. (3) perhubungan tiga
faktor dimensi "morale" iaitu; cabaran peribadi, kebanggaan kohesif dan
sinergi kepemimpinan dengan jantina, umur, pendapatan, keputusan
Penilaian Prestasi dan Pergerakan Gaji Sistem Saraan Baru (PPG SSB).
pengalaman mengajar, saiz sekolah, lokasi sekolah dan jenis sekolah, (4)
perbezaan "morale" guru-guru sekolah rendah mengikut perbezaan
jantina, umur, pendapatan, keputusan penilaian pergerakan gaji dan
pencapaian SSB, pengalaman mengajar, saiz sekolah dan lokasi sekolah.
dan (5) menentukan faktor yang boleh meramal tahap "morale" guru-guru
di sekolah rendah. Penyelidik telah menjalankan kajian dengan menggunakan soal
selidik 'Staff Morale Questionnaires' (SMQ) yang terdiri daripada tiga
puluh satu item soalan. Proses pengumpulan data adalah secara pos.
Bilangan g uru yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 500 orang
guru dari semua 32 buah sekolah rendah di daerah Sepang. Jumlah guru
yang terlibat mengikut perkiraan saiz sampel dalam kajian sebenar adalah
251 orang dari 15 buah sekolah. Jumlah guru yang telah memberi
jawapan adalah 204 orang sahaja. Kesemua soal selidik yang terkumpul
telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS Release
6.0.1.
Kesimpulan bagi kajian ini ialah (1 ) secara keseluruhannya "morale"
guru-guru sekolah rendah di daerah Sepang adalah tinggi, (2) Terdapat
perbezaan tahap n morale" yang ketara antara kumpulan guru yang
mengajar di sekolah SJK (Cina) dengan kumpulan guru yang mengajar di
sekolah SJK (Tamil). Sekolah Kebangsaan Tamil merupakan sekolah
yang mempunyai tahap "morale" guru yang paling tinggi.(3) terdapat
hubungan korelasi yang teguh di antara faktor dimensi "morale" cabaran
peribadi dan sinergi kepemimpinan dengan pembolehubah keputusan
PPG SSB, (4) terdapat perbezaan tahap "morale" antara kumpulan guru
yang mendapat keputusan PPG SSB yang berbeza dan kumpulan guru
yang mengajar di jenis sekolah yang berbeza, dan (5) pembolehubah
PPG SSB dan pembolehubah jenis sekolah merupakan peramal utama
bagi tahap "morale" dalam kajian ini.
Kajian ini telah memberi maklumat yang berguna mengenai tahap
"morale" guru-guru sekolah rendah di daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan. |
---|