Budaya korporat dan komitmen terhadap organisasi di kalangan pengurusan Perak Hanjong Simen Sdn. Bhd., Padang Rengas, Perak

Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji jenis budaya korporat, tahap komitmen terhadap organisasi dan perkaitan di antara budaya korporat dengan komitmen di kalangan pengurusan di Perak-Hanjoong Simen, Sdn. Bhd., Perak. Kajian ini juga bertujuan untuk mehhat perbandingan jenis budaya dan tahap ko...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Ahmad Fuad
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1998
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8998/1/FPP_1998_15%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8998/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji jenis budaya korporat, tahap komitmen terhadap organisasi dan perkaitan di antara budaya korporat dengan komitmen di kalangan pengurusan di Perak-Hanjoong Simen, Sdn. Bhd., Perak. Kajian ini juga bertujuan untuk mehhat perbandingan jenis budaya dan tahap komitmen di kalangan pengurusan atasan, pertengahan dan bawahan. Borang soalselidik telah digunakan untuk mengumpul data. Data diperoleh daripada 50 responden yang terdiri daripada pengurus, eksekutif dan penyelia. Dapatan kajian menunjukkan budaya konstruktif (constructive) adalah budaya yang paling dominan dan tahap komitmen adalah sederhana. Kajian juga menunjukkan bahawa budaya agresif/defensif (aggressive/defensive) mempunyai perkaitan dengan affective commitment. Penemuan kajian juga menunjukkan kakitangan pengurusan mempunyai budaya yang kuat. Mereka mempunyai persepsi norma perlakuan yang sarna. Nilai organisasi dikongsi secara meluas oleh pelbagai hieraki jawatan pengurusan. Kajian mencadangkan pihak pengurusan Perak-Hanjoong Simen Sdn. Bhd. memberi perhatian memantapkan budaya korporat sementara menambahbaik komitmen terhadap organisasi.