Iklim Organisasi dan Perkaitannya dengan Prestasi Kerja Guru Sekolah Menengah di Ampang

Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan perkaitan di antara iklim organisasi dengan prestasi kerja guru sekolah menengah di Ampang. Populasi kajian ialah 529 orang guru sekolah menengah dengan sampel seramai 200 orang. Data dikumpul dari 175 responden dengan menggunakan soal selidik yang mereka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Raghavan, Prabagaran
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1998
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8994/1/FPP_1998_10_A.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8994/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan perkaitan di antara iklim organisasi dengan prestasi kerja guru sekolah menengah di Ampang. Populasi kajian ialah 529 orang guru sekolah menengah dengan sampel seramai 200 orang. Data dikumpul dari 175 responden dengan menggunakan soal selidik yang mereka nilai sendiri. Borang soal selidik yang digunakan terdiri dari enam item yang berkaitan dengan latar belakang guru, 37 item digubal untuk mengukur tahap iklim organisasi dan 12 item untuk mengukur tahap prestasi kerja. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, korelasi Pearson, dan ujian-t. Keputusan kajian menunjukkan responden menganggap iklim organisasi adalah pada tahap sederhana dan prestasi kerja adalah pada tahap sederhana juga. Secara keseluruhan, iklim organisasi dengan prestasi kerja mempunyai perkaitan positif yang sederhana. Penemuan kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan di antara persepsi guru siswazah dengan guru bukan siswazah terhadap prestasi kerja. Hasil kajian juga rnendapat tidak terdapat perbezaan di antara persepsi guru lelaki dengan guru wanita terhadap prestasi kerja. Kajian mencadangkan pentadbir sekolah harus memperbaiki dimensi-dimensi iklim organisasi sekolah yang lemah dan yang menjadi sebagai penghalang kepada peningkatan prestasi kerja guru. Kajian ini juga mencadangkan supaya kajian seterusnya dijalankan untuk membandingkan persepsi guru terhadap iklim organisasi dan prestasi kerja di sekolah rendah, sekolah swasta, dan sekolah asrarna penuh dengan rnenggunakan sampel yang lebih besar. Juga dicadangkan kajian akan datang menggunakan lebih ban yak dimensi iklim organisasi untuk mengukur tahap iklim organisasi.