Penglibatan pekebun kecil dalam membuat penilaian program pembangunan RISDA
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang berkaitan dengan penglibatan pekebun kecil getah pemilik-pengusaha Melayu dalam membuat penilaian terhadap program pembangunan RISDA yang mereka sertai di Daerah Temerloh, Pahang. Objektif kajian ini secara khusus ialah untuk: 1) Mengeta...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Project Paper Report |
Language: | English Malay |
Published: |
1997
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8955/1/FPP_1997_5%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8955/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang berkaitan dengan
penglibatan pekebun kecil getah pemilik-pengusaha Melayu dalam membuat
penilaian terhadap program pembangunan RISDA yang mereka sertai di Daerah
Temerloh, Pahang. Objektif kajian ini secara khusus ialah untuk: 1) Mengetahui Ciri-Ciri
demografi PKGPP dalam kawasan kajian; 2) Mengetahui tahap pengetahuan PKGPP
mengenai pengurusan, matlamat dan fungsi RISDA; 3) Mengkaji sikap PKGPP
terhadap program pembangunan; 4) Mengkaji sikap PKGPP terhadap pegawai
pelaksana program pembangunan; 5) Mengkaji tahap penglibatan PKG dalam
membuat penilaian terhadap program pembangunan yang mereka sertai; dan 6)
Mengkaji hubungan di antara angkubah-angkubah terpilih dengan tahap penglibatan
dalam membuat penilaian terhadap program pembangunan.
Data kajian diperolehi daripada 117 responden yang dipilih secara rawak
melalui temubual menggunakan soalselidik yang dibentuk khusus untuk kajian.
Taburan kekerapan, ANOVA dan Pearson Product Moment Correlation digunakan
untuk menerang dan mengukur data. Tahap penglibatan PKGPP dalam membuat
penilaian diukur menggunakan gabungan skor kekerapan penglibatan mereka dalam
mengadakan perbicangan dengan pegawai, sesama mereka dan di antara ahli
keJuarga serta kekerapan membincangkan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan projek
pembangunan yang mereka sertai.Penemuan kajian menunjukkan tahap penglibatan PKGPP dalam membuat
penilaian terhadap program pembangunan adalah sederhana rendah. Faktor-faktor
yang mempunyai kaitan dan mempengaruhi tahap penglibatan dalam membuat penilaian adalah bilangan tanggungan, jumlah keluasan kebun milik, luas kebun yang
diusahakan, gabungan skor pengetahuan, sikap terhadap program pembangunan dan
sikap terhadap pegawai pelaksana program pembangunan. Hasil kajian juga
mendapati sikap PKGPP terhadap program pembangunan merupakan angkubah yang
paling signifikan dalam mempengaruhi tahap penglibatan membuat penilaian terhadap
program pembangunan. |
---|