Persepsi Bekas Pelajar Kursus Diploma Perguruan Khas (Teknologi) Terhadap Mata Pelajaran Matematik Kejuruteraan

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pelaj ar KDPK (Teknologi) terhadap mata pelajaran Matematik Kejuruteraan (MK). Aspek yang dikaji merangkumi kandungan kurikulum MK, struktur agihan dan bentuk penilaian, kualiti pensyarah MK dan isu-isu yang berbangkit semasa perlaksanaan subj ek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mat Daud, Fauzi
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1997
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8952/1/FPP_1997_1_A.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8952/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pelaj ar KDPK (Teknologi) terhadap mata pelajaran Matematik Kejuruteraan (MK). Aspek yang dikaji merangkumi kandungan kurikulum MK, struktur agihan dan bentuk penilaian, kualiti pensyarah MK dan isu-isu yang berbangkit semasa perlaksanaan subj ek tersebut. Populasi kajian ini terdiri daripada 150 orang bekas pelajar KDPK (Teknologi) sesi 1996/97 yang sedang menuntut di UTM (101 orang) dan sedang mengajar di sekolah asal mereka (49 orang). Data diperolehi dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian 'Statistical Package For Social Sciences' (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan pelajar memberikan persepsi kepentingan positif terhadap kebanyakan isi kandungan kurikulum MK. Mereka juga berpendapat pensyarah MK mempunyai kemahiran dalam MK, dapat mewujudkan hubungan rapat dengan pelajar, berkebolehan membimbing pelajar, memahami objektif MK dan pelajaran yang diajar oleh pensyarah adalah menarik. Dalam pada itu pelajar kurang berpuas hati dengan sikap pensyarah yang kurang memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar. Pelajar juga berpuas hati dengan agihan penilaian kerja kursus dan bentuk-bentuk penilaian MK. Perkara yang menjadi isu ialah ketidakseimbangan masa belajar yang diperuntukkan dengan kandungan kurikulum MK yang padat dan pelajar didapati kurang berminat mempelajari MK. Daripada dapatan kajian bolehlah dibuat kesimpulan bahawa pada keseluruhannya aspek yang dikaji adalah memuaskan pelajar kecuali beberapa aspek seperti kualiti pensyarah, kandungan kurikulum dan isu berkaitan masa belajar kurang memuaskan pelajar. Oleh itu beberapa cadangan dikemukakan antaranya ialah menyemak semula kandungan kurikulum, pensyarah MK hendaklah menyelaraskan sistem penilaian dan masa belajar MK perlu ditambah.