Kesan Latihan Imageri Terhadap Prestasi Kemahiran Motor Diskrit

Kajian ini menyelidiki kesan latihan imageri terhadap kemahiran motor diskrit. Kemahiran yang dipilih ialah kemahiran melantun bola. tenis dan memastikan bola tersebut mendarat pada sasaran yang ditetapkan. Seramai 128 orang pelajar dari dua buah sekolah menengah yang terletak di daerah Sabak Be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd. Ghani, Norzah
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1997
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8951/1/FPP_1997_12_A.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8951/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menyelidiki kesan latihan imageri terhadap kemahiran motor diskrit. Kemahiran yang dipilih ialah kemahiran melantun bola. tenis dan memastikan bola tersebut mendarat pada sasaran yang ditetapkan. Seramai 128 orang pelajar dari dua buah sekolah menengah yang terletak di daerah Sabak Bemam, Selangor telah dipilih sebagai subjek. Subjek telah diberi peluang melihat demonstrasi melantun bola Seterusnya, subjek telah dipecahkan kepada empat kumpulan iaitu kumpulan latihan fizikal, kumpulan latihan imageri, kumpulan latihan fizikal serta imageri dan kumpulan kawalan. Kumpulan Iatihan fizikal akan menjawab soal selidik ringkas dan menjalani latihan melantun bola selama tiga puluh minit. Kumpulan latihan imageri akan menj alani latihan imageri selama tiga puluh minit dan menjawab soal selidik ringkas dan Skala Kejelasan Imageri Sutcliffe. Kumpulan latihan fizikal serta imageri pula melakukan latihan melantun bola selama lima belas minit, latihan imageri selama lima belas minit dan menjawab soal selidik ringkas dan Skala Kejelasan Sutcliff manakala kumpulan kawalan pula tidak melakukan sebarang latihan fizikal atau imageri.