UPM Juara Pesta Hoki Antarabangsa USM 2010
SERDANG, 16 Disember – Penampilan sulung dalam kategori terbuka Liga Perdana Pesta Hoki Antarabangsa USM nyata membawa tuah kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila berjaya merangkul juara setelah berjaya menundukkan News Straits Time Press (NSTP) 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Hoki USM....
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | UPM News |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8946/1/UPM_Juara_Pesta_Hoki_Antarabangsa_USM_2010.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8946/ http://www.upm.edu.my/?kat=1&aktvt=berita&kod=201012233571808051721650208 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | SERDANG, 16 Disember – Penampilan sulung dalam kategori terbuka Liga Perdana Pesta Hoki Antarabangsa USM nyata membawa tuah kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila berjaya merangkul juara setelah berjaya menundukkan News Straits Time Press (NSTP) 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Hoki USM.
Pada babak pertama perlawanan NSTP terlebih dahulu menggegarkan kubu UPM menerusi jaringan minit ke 20 yang disudahkan dengan baik oleh P. Prabakaran di hadapan lebih 1000 penonton.
Kedudukan terikat 1-0 sehingga separuh masa pertama berakhir, bagaimanapun UPM bangkit menyamakan kedudukan sebaik permainan bersambung pada babak kedua menerusi jaringan penyerangnya Mohd. Razali Zulkifli pada minit ke 54.
Serangan bertali arus UPM membuahkan hasil apabila Azreen Rizal Mohd. Nasir berjaya menghadiahkan satu gol berharga buat UPM pada minit ke 57 seterusnya melayakkan skuad itu membawa pulang Piala Pusingan Sultan Azlan Shah beserta wang tunai RM2,000.
Penyerang UPM Mohd. Razali turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir yang disampaikan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.
Bagi kategori Hoki Lelaki dan Wanita, UPM yang menghantar dua pasukan bagi setiap kategori menyaksikan pertembungan sesama sendiri pada perlawanan akhir bagi kedua-dua kategori.
Bagi kategori lelaki, UPM B dinobat juara apabila membelasah UPM dengan jaringan 3-1 manakala bagi kategori wanita, UPM berjaya menghampakan UPM B dengan jaringan 3-2.
Pengurus Pasukan dan Jurulatih Hoki UPM, Wan Zaharuddin Wan Abdullah berkata kejayaan yang cukup cemerlang telah dibuktikan oleh anak-anak buahnya dalam usaha menaikkan nama dan imej UPM dalam pembangunan sukan negara.
“Selain kesungguhan yang ditunjukkan pemain, kejayaan ini adalah hasil sokongan pihak pengurusan UPM yang telah bermurah hati memberi peruntukan pembinaan padang hoki mini turf yang sekarang ini digunakan sebagai tempat latihan pasukan.
“Semoga dengan kejayaan yang dikecapi ini dapat merangsang pihak universiti untuk menyediakan lebih banyak kemudahan termasuk satu stadium hoki astroturf yang bertaraf antarabangsa untuk kegunaan pelajar dan penganjuran sebarang kejohanan di peringkat IPT,” katanya. |
---|