Kesan Teknik Perbincangan Reflektif Terhadap Prestasi Penulisan Isi Karangan Pelajar Menengah Tinggi

Penyelidikan eksperimental ini cuba mendapatkan data tentang prestasi penu lisan isi karangan bahasa Melayu (BM) kalangan pelajar Tingkatan Enam. Tujuannya ialah untuk memahami sejauh mana kaedah deduksi melalui teknik perbincangan reflektif memberi kesan terhadap prestasi penulisan isi karangan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jaafar, Ismail
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1995
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8918/1/FPP_1995_7_A.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8918/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan eksperimental ini cuba mendapatkan data tentang prestasi penu lisan isi karangan bahasa Melayu (BM) kalangan pelajar Tingkatan Enam. Tujuannya ialah untuk memahami sejauh mana kaedah deduksi melalui teknik perbincangan reflektif memberi kesan terhadap prestasi penulisan isi karangan aspek kerelevenan, keutuhan dan keseluruhan kalangan pelajar menengah tinggi. Data kajian dikumpul melalui ujian karangan dalam ujian pra dan ujian pasca bagi tujuan mengukur prestasi penulisan isi karangan kumpulan eksperimen yang dirangsang dengan kaedah deduksi melalui teknik perbincangan reflektif dan kumpulan kawalan yang telah menjalani teknik pengajaran tradisional. Bagi penulisan isi karangan aspek kerelevenan dalam kumpulan eksperimen [KE1], hasil ujian-t menunjukkan kewujudan perbezaan yang signifikan antara skor ujian pra dan ujian pasca. Berhubung kumpulan kawalan [KK1] pula, hasil ujian-t tidak menu njukkan perbezaan yang signifikan. Dapatlah dikatakan bahawa kaedah deduksi melalui teknik perbincangan reflektif boleh meningkatkan prestasi penulisan isi karangan aspek kerelevenan kalangan pelajar menengah tinggi. Dalam penulisan isi karangan aspek keutuhan dalam kumpulan eksperimen [KE 1], ujian-t menu njukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara skor ujian pra dan ujian pasca. Bagi Kumpulan kawalan [KK 1] pula, hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Data kajian menunjukkan kaedah deduksi melalui teknik perbincangan reflektif berupaya meningkatkan prestasi penulisan isi karangan aspek keutuhan kalangan pelajar menengah tinggi.