Nenek Antara 642 Pelajar Baharu PJJ UPM
Serdang, 17 Disember – Menuntut ilmu tanpa mengenal usia. Itu pepatah yang boleh diungkap bagi menggambarkan semangat yang ditunjukkan nenek kepada seorang cucu, Raja Norizan Raja Kamaruddin, 52, untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, biarpun pada usia yang sudah mencecah sep...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | UPM News |
Language: | English Malay |
Published: |
2010
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8915/1/PJJ_UPM.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8915/ http://www.upm.edu.my/?kat=1&aktvt=berita&kod=201012223561215421721654157 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Serdang, 17 Disember – Menuntut ilmu tanpa mengenal usia.
Itu pepatah yang boleh diungkap bagi menggambarkan semangat yang ditunjukkan nenek kepada seorang cucu, Raja Norizan Raja Kamaruddin, 52, untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, biarpun pada usia yang sudah mencecah separuh abad.
Beliau yang juga Penolong Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia merupakan salah seorang daripada 642 pelajar baharu yang mendaftar dalam program Pendidikan Jarak Jauh , Semester Kedua 2010/2011 di Universiti Putra Malaysia Education and Traning Sdn. Bhd, (UPMET).
Raja Norizan yang berasal dari Putrajaya dan mengambil Ijazah Sarjana Pembangunan Sumber Manusia berkata, dorongan untuk melanjutkan pengajian tercetus ekoran dia merasakan kelulusan yang rendah masih tidak cukup untuk dirinya bersaing dalam kerjaya.
“Umur bukan penghalang untuk saya melanjutkan pelajaran. Apa yang lebih penting saya berasa seronok untuk melanjutkan pelajaran biarpun usia saya sudah lanjut,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ikrar dan Suai Kenal Pelajar Baharu, program Pendidikan Jarak Jauh, Semester Kedua 2010/2011.
Seorang pelajar kurang upaya (OKU), Mohd. Azrin Amin Mohd. Razif, 22, yang mendaftar program Bacelor Pembangunan Sumber Manusia, kecacatan fizikal tidak mematahkan semangatnya untuk menuntut ilmu seperti insan normal lain.
“Saya sedar, sebagai OKU untuk meyakinkan orang lain menerima saya bekerja bukanlah perkara yang mudah. Ditambah lagi pendidikan yang tidak seberapa memang sukar untuk bersaing. Tapi sekiranya saya ada kelulusan, saya boleh bersaing dengan masyarakat di luar,” ujarnya yang mengidap penyakit Cerebral Palsy.
Pada semester kali ini, UPMET turut menerima seorang pelajar antarabangsa iaitu, Ghia Alia Noor, 22, dari Jakarta Indonesia, yang mengambil Ijazah Sarjana Komunikasi Korporat.
Walaupun terpaksa berulang alik dari Jakarta ke Malaysia sebanyak tiga kali dalam satu semester, namun ia bukanlah penghalang kepadanya untuk melanjutkan pelajaran secara PJJ di UPM.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Eksekutif UPMET, Prof. Dr. Abdul Aziz Sahare pada majlis perasmian menegaskan agar pelajar mementingkan aspek disiplin dan memberi komitmen dalam menyiapkan tugasan yang diberi pada masa yang ditetapkan.
“Bagi apa-apa sistem sekalipun kita mempunyai peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Bagi pelajar Universiti, kita mempunyai peraturan akademik yang perlu dipatuhi dan semua garis panduan ini akan membantu anda untuk berjaya dalam bidang yang diceburi,” katanya.
Seramai 642 pelajar telah mendaftar dalam program Pendidikan Jarak Jauh, Semester Kedua 2010/2011 di bawah kendalian UPMET yang mana 203 adalah pelajar program Ijazah Sarjana dan 439 untuk pelajar program Bacelor.
Antara program yang ditawarkan ialah Ijazah Sarjana Bahasa Melayu, Komunikasi Korporat, Pembangunan Sumber Manusia, Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama), dan Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan).
Manakala program Bacelor yang ditawarkan ialah Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua), Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu), Sastera (Bahasa Inggeris), Sains (Pembangunan Sumber Manusia) dan Komunikasi.
|
---|