Proses Globalisasi Tuntut Universiti Tempatan Tekan Aspek Kualiti

SERDANG, 15 Disember – Senario terkini pengajian tinggi antarabangsa yang semakin kompetetif ekoran proses globalisasi menuntut universiti di negara ini lebih menekankan aspek kualiti dalam semua core-business yang dijalankan. Presiden International Ranking Expert Group (IREG), Observatory on Ran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Published: 2010
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8856/1/Proses_Globalisasi.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8856/
http://www.upm.edu.my/?kat=1&aktvt=berita&kod=201012213551209051721650208
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:SERDANG, 15 Disember – Senario terkini pengajian tinggi antarabangsa yang semakin kompetetif ekoran proses globalisasi menuntut universiti di negara ini lebih menekankan aspek kualiti dalam semua core-business yang dijalankan. Presiden International Ranking Expert Group (IREG), Observatory on Ranking and Academic Excellence, UNESCO, Prof. Jan Sadlak berkata, aspek kualiti core-business penting dalam memastikan prestasi universiti dapat dipelihara dan dipertingkatkan bukan sahaja di peringkat tempatan malahan di arena pengajian tinggi global. “Aspek kualiti dan kecemerlangan core-business pendidikan yang diceburi begitu penting dalam memastikan keyakinan pemegang taruh sentiasa dapat dipertingkatkan seterusnya membantu pembangunan reputasi institusi bukan sahaja di peringkat tempatan malahan di peringkat antarabangsa,” katanya. Beliau menyuarakan pandangan demikian ketika menyampaikan seminar bertajuk ‘The Quest for Excellence at The Modern University’ anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini. Seminar itu disertai lebih 50 institut pengajian tinggi awam dan swasta antaranya Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Berjaya University College of Hospitality (Berjaya), Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CyberMed) serta beberapa wakil daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Pada seminar tersebut, Sadlak turut membincangkan mengenai mekanisma yang boleh diguna pakai dalam mengukur kualiti pengajian tinggi seperti akreditasi, penarafan universiti, semakan keserakanan (peer review), audit dan proses penanda aras. “Kesemua mekanisma ini mampu membantu UPM dan juga universiti lain meningkatkan prestasi secara menyeluruh,” katanya pada majlis yang dirasmikan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah. Selain itu beliau turut berkongsi pengalamannya sebagai bekas pengarah UNESCO-European Centre for Higher Education mengenai amalan terbaik yang diguna pakai universiti tersohor Eropah dalam mengendali isu kualiti dan reputasi universiti.