Pengajaran kesusasteraan Melayu: satu kajian mengenai permasalahannya di peringkat tingkatan 4 dan 5 sekolah menengah kebangsaan
Objektif kajian ini ialah untuk melihat permasalahan dalam pengajaran Kesusasteraan Melayu di peringkat Tingkatan 4 dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan. Sebanyak 22 buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Sembilan dan sebanyak 108 orang guru yang mengajar Kesusasteraan Melayu di sekolah-sekolah...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
1985
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8843/1/FPP_1985_1%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8843/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Objektif kajian ini ialah untuk melihat permasalahan
dalam pengajaran Kesusasteraan Melayu di peringkat Tingkatan 4
dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan. Sebanyak 22 buah Sekolah
Menengah Kebangsaan di Negeri Sembilan dan sebanyak 108 orang
guru yang mengajar Kesusasteraan Melayu di sekolah-sekolah itu
terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan kerana masalah
pengajaran Kesusasteraan Melayu, terutama dari segi objektif
pengajaran, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran, pemilihan,
penyesuaian dan penggunaan bahan serta sikap guru masih lagi
wujud walaupun mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah lama
diperkenalkan. Data-data telah dikumpulkan menerusi soal selidik,
temuduga berstruktur dan pemerhatian. Data-data tersebut telah
dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Hasil yang
didapati ialah guru-guru yang mengajar Kesusasteraan Melayu
di Sekolah Menengah Kebangsaan itu tidak jelas mengenai objektif
pengajaran Kesusasteraan Melayu yang sebenarnya. Mereka juga
tidak jelas mengenai makna istilah pendekatan, kaedah dan teknik
serta tidak dapat membezakan istilah-istilah tersebut. Guruguru
Kesus asteraan Melayu juga didapati mengabaikan aspek
pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan. Bahan-bahan yang
dipilih dan digunakan itu adalah terdiri daripada bahan-bahan
yang mudah dipero lehi dan tidak terjamin kebolehpercayaannya
seperti buku-buku ulasan teks dan siri buku panduan lulus
peperiksaan. |
---|