Pelan Strategik 2011-2013 Pastikan UPM Terus Berdaya Saing

SERDANG, 17 Disember – Universiti Putra Malaysia (UPM) melancarkan dokumen Pelan Strategik 2011 – 2013 untuk menjadikan UPM terus berdaya saing demi menempatkan kedudukannya sebagai universiti bereputasi antarabangsa. Naib Canselor UPM, Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata pel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Malay
Published: 2010
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8810/1/Pelan_Strategik_2011-2013.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8810/
http://www.upm.edu.my/?kat=1&aktvt=berita&kod=201012203541101381721650208
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:SERDANG, 17 Disember – Universiti Putra Malaysia (UPM) melancarkan dokumen Pelan Strategik 2011 – 2013 untuk menjadikan UPM terus berdaya saing demi menempatkan kedudukannya sebagai universiti bereputasi antarabangsa. Naib Canselor UPM, Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata pelan yang berintipatikan enam matlamat itu akan membantu proses menjadikan UPM lebih kompetetif selain berperanan memacu pengajian tinggi serantau dengan kerjasama jitu seluruh warga UPM. “Enam matlamat ini merangkumi kesemua 10 matlamat pada pelan sebelumnya. Aspek terpenting dalam Pelan Strategik ini ialah proses implementasi pelan tersebut agar UPM terus unggul mendepani arus persaingan globalisasi antara universiti, seterusnya menentukan hala tujunya pada masa akan datang,” katanya. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan taklimat kepada kira-kira 1,000 tetamu yang terdiri daripada pemegang taruh (stakeholders) luar dan dalam institusi seperti staf, pelajar, pemimpin masyarakat dan juga industri dalam Majlis Pelancaran Pelan Strategik 2011-2013 di sini. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha berkata UPM merangka pelan baharu selama 3 tahun kerana pelan sebelumnya iaitu untuk tempoh selama 10 tahun adalah terlalu panjang dan berisiko dari aspek memenuhi kehendak pasaran dan peredaran masa yang dinamik. “Nilai-nilai yang diterapkan bagi memastikan pencapaian pelan itu ialah kecemerlangan, kepelbagaian, kelestarian dan integriti yang merupakan nilai bersama yang harus dikongsi bersama seluruh warga universiti. “UPM juga menyepadukan visi dan misinya dengan agenda kritikal Transformasi Kementerian Pengajian Tinggi dan dasar Model Ekonomi Baru negara dalam menentukan matlamat Pelan Strategiknya,” katanya. Pengarah Perancangan Korporat UPM, Prof. Dato’ Dr. Sheikh Omar Abdul Rahman ketika ditemui berkata proses pembangunan pelan yang komprehensif itu melibatkan beberapa peringkat iaitu siri bengkel perancangan, pemurnian dan sesi maklum balas selama 14 bulan. “Proses ini melibatkan 155 orang tenaga pemikir dengan kerjasama dan sokongan penuh seluruh warga kampus. Selain itu, proses dokumentasi pelan ini turut mengambil kira penambahbaikan berdasarkan Laporan Audit Swaakreditasi dan eksesais-eksesais kritikal yang lain,” katanya.