Pelajar UPM Juara Esei Teknikal NACES 2010

SHAH ALAM, 5 December- Pelajar Jabatan Kimia dan Kejuruteraan Persekitaran Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi juara keseluruhan apabila menggondol tiga pertandingan dalam National Chemical Engineering Symposium 2010 (NACES). Pelajar tahun ketiga Jabatan Kimia dan Kejuruteraan Persekitaran Fa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Malay
Published: 2010
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8809/1/Pelajar_UPM_Juara_Esei.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8809/
http://www.upm.edu.my/?kat=1&aktvt=berita&kod=201012173511651141721654170
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:SHAH ALAM, 5 December- Pelajar Jabatan Kimia dan Kejuruteraan Persekitaran Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi juara keseluruhan apabila menggondol tiga pertandingan dalam National Chemical Engineering Symposium 2010 (NACES). Pelajar tahun ketiga Jabatan Kimia dan Kejuruteraan Persekitaran Fakulti Kejuruteraan UPM, Ng Chee Hoe memenangi tempat pertama kategori Technical Essay Writing bertajuk Algae Bio Sequestration – A True Solution dengan mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM300. Sementara itu, dua kumpulan pelajar UPM mendapat tempat kedua dan ketiga dalam kategori Technical Power Plan Design dan Technical Power Point Presentation dengan masing-masing meraih hadiah wang tunai RM800 dan RM600. “Esei ini mengenai usaha untuk mendedahkan bidang kejuruteraan kimia menghadapi cabaran dan isu semasa berkaitan dengannya,” katanya. Program tahunan anjuran Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu bertujuan mengumpul pelajar dari jurusan kejuruteraan kimia dari seluruh negara untuk berkongsi pengalaman bidang kejuruteraan dalam industri kimia serta hal-hal semasa kejuruteraan. Program bertemakan ‘Green Technology’ itu disertai seramai 12 institusi pengajian tinggi.