Pembuatan keputusan di kalangan usahawan wanita yang terlibat dalam perusahaan mikro
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji pembuatan keputusan di kalangan usahawan wanita luar bandar dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan dalarn pengurusan pendapatan keluarga dan pengurusan perusahaan mikro. Lokasi kajian yang telah dipilih secara persarnpelan bertujuan adala...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8784/1/FEM_2002_7%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8784/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji pembuatan keputusan di kalangan
usahawan wanita luar bandar dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan
keputusan dalarn pengurusan pendapatan keluarga dan pengurusan perusahaan mikro.
Lokasi kajian yang telah dipilih secara persarnpelan bertujuan adalah negeri Perak,
Kedah, Kelantan dan Terengganu. Pemilihan responden adalah secara persarnpelan
bertujuan dan kaedah temubual secara bersemuka telah dilakukan selarna tiga bulan dan
127 usahawan wanita berjaya ditemubual. Hanya 53 (42%) suami usahawan wanita
yang terlibat sarna dalam perusahaan mikro.
Hasil kajian ini mendapati usahawan wanita adalah pembuat keputusan dalarn
keluarga dan juga dalam perusahaannya. Ini kerana majoriti usahawan wanita dalam
kajian ini mempunyai sumber ekonomi (pendidikan dan pendapatan) yang lebih baik
berbanding suami mereka. Hasil kajian ini menunjukkan seramai 48.1% usahawan wanita dan hanya 35.5% suami mereka yang mempunyai pendidikan peringkat
menengah. Pendapatan hasil daripada perusahaan yang dijalankan oleh usahawan wanita
juga didapati adalah lebih tinggi daripada pendapatan daripada pekerjaan utama suami. |
---|