Puisi-puisi Dharmawijaya 1960-1990: satu pendekatan stilistik

Kajian ini merupakan penelitian ke atas dua buah kumpulan puisi Dharmawijaya iaitu Warna Maya (DBP: 1974) dan Derita Buana (DBP: 1992) dari pendekatan stilistik, sebagai kajian utama. Pendekatan stilistik melihat tentang pengaruh puisi tradisional dalam puisi serta diksi yang diterapkan oleh peny...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd. Mohaidin, Baharudin
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2000
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8752/1/FBMK_2000_9%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8752/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini merupakan penelitian ke atas dua buah kumpulan puisi Dharmawijaya iaitu Warna Maya (DBP: 1974) dan Derita Buana (DBP: 1992) dari pendekatan stilistik, sebagai kajian utama. Pendekatan stilistik melihat tentang pengaruh puisi tradisional dalam puisi serta diksi yang diterapkan oleh penyair. Penelitian dilakukan berpandukan teori linguistik untuk mengetahui maksud puisi. Gaya bahasa dan suara-suara yang dikaji dalam puisi bersandarkan aliran ekspresionisme dalam kedua-dua kumpulan pUlSl. Selain itu, pengkaji juga meneliti gaya idiosinkrasi penyair tersebut dan kesesuaian bahasa serta kepenyairannya. Hasil kajian menunjukkan bahawa Dharmawijaya begitu teliti memilih kata dan menggunakannya dalam penciptaan puisi. Ketelitian dalam penggunaan kata dan kalimat menjadikan puisi Dhannawijaya begitu lunak, segar dan hannoni. Penggunaan kata-kata berfonem sengau (m) dalam kalimat berjaya mewujudkan kelunakan dan kesederhanaan untuk menyampaikan maksud. Dharmawijaya tidak begitu gemar menggunakan kata atau kalimat kabur yang akan membawa kesukaran kepada pembaca. Pemilihan dan penggunaan kata seharian seperti "sawah", "ladang", "petani", dalam puisi amat sederhana dan mudah difahami serta membantu audien menghayati maksud yang disampaikan. Cara penyampaian melalui puisinya cukup lembut dan lunak walaupun maksud yang hendak disampaikan besar atau berat. Ketelitian pemilihan kata, gaya penyusunan dan penggunaan kata menjadikan keseluruhan puisinya segar dan harmoni tanpa menyinggung perasaan mana-mana pihak. Pendekatan stilistik digunakan sebagai usaha membuktikan keindahan bahasa yang universal dalam sesebuah puisi. Tujuan ini juga memperlihatkan kebolehan penyair mengolah bahasa, memperhalusi serta menerap daya kreatif dalam menyampaikan maksud Bahasa yang digunakan merupakan kekuatan yang di tentukan oleh kesesuaian dan ketepatan yang mendukung makna serta persoalan yang ditimbulkan. Penggunaan bahasa yang baik rnungkin rnelanggar tatabahasa untuk rnenggambarkan kehalusan perasaan dan fikiran penyair Usaha ini diharapkan dapat memperkayakan koleksi kajian terhadap puisi-puisi tanahair serta memartabatkan penyair-penyair lama dan yang baru