Kesan pakej pengajaran biologi melalui multimedia terhadap pelajar
Dewasa ini, penggunaan multimedia dalam pendidikan berlaku dengan pesat di peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti. Satu cabaran menyediakan pakej multimedia bagi mana-mana kumpulan sasaran ialah pakej yang dibentuk semestinya mengandungi unsur-unsur inovatif, kreatif dan interaktif sup...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8686/1/FSKTM_2002_5%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8686/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dewasa ini, penggunaan multimedia dalam pendidikan berlaku dengan pesat di
peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti. Satu cabaran menyediakan pakej
multimedia bagi mana-mana kumpulan sasaran ialah pakej yang dibentuk semestinya
mengandungi unsur-unsur inovatif, kreatif dan interaktif supaya dapat menambahkan
minat kumpulan sasaran. Kemahiran yang tinggi diperlukan dalam menyediakan pakej
multimedia bagi mengabungkan unsur-unsur multimedia, teknik-teknik pengajaran dan
yang penting sekali isi kandungannya. Ini supaya ia boleh menjadi satu alat pengajaran
yang berkesan. Penyelidikan ini bertujuan mereka bentuk modul biologi bagi
meningkatkan pencapaian pengetahuan apabila pengajaran satu topik biologi dilakukan
menerusi Kaedah Pengajaran Melalui Multimedia (KPM). Keberkesanan kaedah KPM
ini dibandingkan dengan Kaedah Tradisional (TRAD). Penyelidikan ini dilakukan
terhadap pelajar Matrikulasi Semester satu dan dua Kementerian Pendidikan Malaysia
Sesi 1999/2000 di Kolej Yayasan Pelajaran MARA Bangi, Selangor. Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan berdasarkan kepada ujian sikap pm olahan dan
ujian pencapaian pengetahuan pra olahan. Empat kumpulan yang terhasil ialah
Kumpulan Tinggi Sikap-Tinggi Pencapaian (IT), Tinggi Sikap-Rendah Pencapaian
(TR), Rendah Sikap-Tinggi Pencapaian (RT) dan Rendah Sikap-Rendah Pencapaian
(RR). Setiap kumpulan terdiri daTi dua puluh orang pelajar dan dibahagikan dua pula
secara rawak. Satu babagian mengikuti olahan kaedah KPM dan satu bahagian lagi
mengikuti olahan kaedab TRAD. Ujian lepas olahan diberikan kepada kedua-dua
kumpulan tersebut. Ujian ANOVA dan Duncan digunakan untuk manganalisis data
pencapaian pengetahuan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kaedah KPM tidak
memberikan perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian pengetahuan berbanding
dengan kaedah TRAD, namun demikian apabila dianalisis kumpulan demi kumpulan
didapati kumpulan TR menunjukkan perbezaan yang signifikan. |
---|