107 Pelajar Pasca Siswazah Antarabangsa UPM Perkukuhkan Bahasa Inggeris

SERDANG, 8 April - Seramai 107 pelajar Tertiary English Programme (TEP) menyertai Majlis Networking Evening bagi membina keyakinan diri berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Ketua Pegawai Eksekutif UPM Education & Training Sdn. Bhd., Prof. Dr. Abdul Aziz Saharee berkata program yang dilaksanak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Malay
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8574/1/107_Pelajar_Pasca_Siswazah_Antarabangsa_UPM_Perkukuhkan_Bahasa_Inggeris.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8574/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:SERDANG, 8 April - Seramai 107 pelajar Tertiary English Programme (TEP) menyertai Majlis Networking Evening bagi membina keyakinan diri berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Ketua Pegawai Eksekutif UPM Education & Training Sdn. Bhd., Prof. Dr. Abdul Aziz Saharee berkata program yang dilaksanakan pada hujung semester bagi menilai keupayaan pelajar dan hasil pembelajaran. Menurut beliau, pelajar bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan tetamu jemputan untuk membina jaringan antara satu sama lain. “Pelajar akan dinilai sebagai sebahagian penilaian akhir program TEP,” katanya pada majlis perasmian Majlis Networking Evening bersama pelajar TEP anjuran UPM Education & Training Sdn. Bhd. di Fakulti Kejuruteraan baru-baru ini. Tambah beliau, program itu merupakan syarat wajib bagi pelajar yang ditawarkan kemasukan secara bersyarat sebagai pelajar Pasca Siswazah Antarabangsa UPM. “Program ini turut memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan hasil pembelajaran mereka terhadap keyakinan diri serta kemahiran komunikasi bagi membina jaringan antara satu sama lain,” katanya. Sementara itu, pelajar Sarjana Kejuruteraan Industrial, Elham Falatooni, 25, yang berasal daripada negara Iran berkata program itu memberikan peluang untuk memperbaiki pertuturan beliau dalam Bahasa Inggeris. “Program sebegini membantu pelajar antarabangsa lain yang mempunyai masalah komunikasi dalam Bahasa Inggeris,” katanya Rakannya Yu Bin, 26, daripada negara China berkata program TES telah membantu beliau membina jaringan dengan rakan-rakan pengajian serta pensyarah UPM untuk memahami pembelajaran serta budaya Malaysia.