Satu Pendekatan Komputer Terhadap Penganggaran Hasil Tambah Eksponen Berganda

Penyelidikan hasil tambah eksponen bagi polinomial dua pembolehubah dengan pekali dalam medan p-adic dikaji dengan menggunakan teknik poIihedron Newton. Gambar rajah penunjuk telah dikemukakan bagi menolong dalam kajian selanjutnya, tetapi kesukaran timbul dalam kes di mana kombinasi gambar rajah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdullah, Ismail
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1993
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8570/1/FSAS_1993_1_A.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8570/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan hasil tambah eksponen bagi polinomial dua pembolehubah dengan pekali dalam medan p-adic dikaji dengan menggunakan teknik poIihedron Newton. Gambar rajah penunjuk telah dikemukakan bagi menolong dalam kajian selanjutnya, tetapi kesukaran timbul dalam kes di mana kombinasi gambar rajah penunjuk bertindih pada bucu dan tembereng tertentu. Dalam kes itu teknik polihedron Newton hingga kini belum dapat memberikan maklumat tepat mengenai saiz punca sepunya p-adic yang sangat diperlukan dalam proses penganggaran hasil tambah eksponen. Masalah pertindihan gambar rajah penunjuk pada bucu dan tembereng diteliti secara lebih mendalam. Kombinasi gam bar rajah penunjuk menghasilkan persilangan dalam pelbagai bentuk. Salah satu kombinasi yang dihasilkan ialah perslangan tepat atau persilangan mudah. Telah dibincangkan dan dibuktikan bahawa persilangan yang demikian akan menghasilkan pensifar sepunya. Satu pengitlakan telah dibuat sebagai berikut.