Rumah kos rendah dari perspektif keselamatan kebakaran

Kertas kerja ini akan cuba meninjau (highlight) faktor pembinaan dinding dua pihak (party wall), sikap penghuni (occupant behavior) dan kekurangan yang mungkin terdapat dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 1984 yang mungkin telah menyumbang ke arah kejadian kebakaran. Metodologi ka...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Rajad, Mohd. Din
格式: Thesis
语言:English
出版: 1999
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85568/1/FK%201999%2050%20ir.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85568/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kertas kerja ini akan cuba meninjau (highlight) faktor pembinaan dinding dua pihak (party wall), sikap penghuni (occupant behavior) dan kekurangan yang mungkin terdapat dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 1984 yang mungkin telah menyumbang ke arah kejadian kebakaran. Metodologi kajian merangkumi pemerhatian, soal selidik dan wawancara di dua kompleks rumah kos rendah di Labuan, iaitu di Kampung Layang-Layang dan di Kampung Tanjung Aru. Dari kajian, dikenalpasti bahawa masalah yang dihadapi daripada pembinaan rumah kos rendah ialah ketinggian dinding dua pihak yang dibina hingga ke paras bumbung yang telah meninggalkan ruang atau rongga yang menyebabkan api mudah merebak ke rumah-rumah lain bersebelahan. Selain daripada itu terdapat penghuni rumah kos rendah yang membuat penyambungan rumah mereka tanpa kelulusan pihak berkuasa supaya aspek keselamatan kebakaran dititikberatkan dan tidak mengendahkan bahaya beban kebakaran (fire load). Keputusan kajian menunjukkan sambungan rumah dibuat oleh empunya rumah yang makan gaji (71% di Kampung Tanjung Aru dan 61% di Kampung Layang-Layang) berbanding dengan empunya rumah yang bekerja sendiri (59% di Tanjung Aru dan 76% di Kampung Layang- Layang). Keputusan kajian menunjukkan sambungan rumah dibuat oleh atas sebab keluarga besar (14% di Kampung Tanjung Aru dan 43% di Kampung Layang-Layang) ruang sempit (10% di Kampung Tanjung Aru dan 36% di Kampung Layang-Layang) dan atas dasar mencantikkan rumah (1%).