Tanggapan guru pembimbing terhadap kursus penyeliaan latihan mengajar di Maktab Perguruan Islam

Kajian yang dijalankan ke atas 50 orang guru pembimbing yang menyelia guru-guru pelatih Maktab Perguruan Islam yang ditempatkan di Selangor dan Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur. Kajian ini bertujuan meninjau tanggapan mereka terhadap kursus penyeliaan latihan mengajar program latihan mengajar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ali Shah, Ishak
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1996
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8519/1/FEM_1996_2_IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8519/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian yang dijalankan ke atas 50 orang guru pembimbing yang menyelia guru-guru pelatih Maktab Perguruan Islam yang ditempatkan di Selangor dan Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur. Kajian ini bertujuan meninjau tanggapan mereka terhadap kursus penyeliaan latihan mengajar program latihan mengajar Maktab Perguruan Islam .Tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik ini meliputi tanggapan responden terhadap kursus penyeliaan latihan mengajar dari enam aspek iaitu; tujuan, kegunaan, perancangan, strategi, penilaian dan bimbingan lanjutan. Data-data yang diperolehi melalui soal selidik ini telah dianalisis berdasarkan taburan kekerapan dan min , mendapati tujuan, kegunaan dan perancangan kursus memang sesuai dan penting bagi mereka tetapi aspek strategi pengajaran dan bimbingan lanjutan kursus perlu diperbaiki. Untuk keberkesanan kursus, dicadangkan supaya diwujudkan penyelarasan, bimbingan profesional yang berterusan, latihan dalaman, penyebaran maklumat yang sesuai dan menjalankan penyelidikan lanjutan bentuk tindakan. Selain itu beberapa cadangan lain juga diberikan berdasarkan dapatan kajian ini.