Wacana kontekstual dalam lirik lagu Pekaka Bercerita

Lirik lagu merupakan ekspresi seseorang tentang sesuatu hal yang sudah dilihat, didengar mahupun yang sudah dialami. Dalam mengekspresikan pengalaman, penulis lirik lagu sering melakukan permainan kata-kata dan bahasa untuk mencipta kreativiti dan tarikan terhadap sesuatu lirik lagu. Sehubungan deng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sulong, Siti Noor Riha
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85148/1/FBMK%202018%2099%20ir.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85148/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Lirik lagu merupakan ekspresi seseorang tentang sesuatu hal yang sudah dilihat, didengar mahupun yang sudah dialami. Dalam mengekspresikan pengalaman, penulis lirik lagu sering melakukan permainan kata-kata dan bahasa untuk mencipta kreativiti dan tarikan terhadap sesuatu lirik lagu. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis tautan wacana kontekstual melalui kompilasi lirik lagu Pekaka Bercerita. Objektif kajian ini terbahagi kepada tiga objektif utama, untuk menghuraikan aspek tekstual yang terdapat dalam kompilasi lirik lagu Pekaka Bercerita, membincangkan aspek amalan wacana yang terdapat dalam kompilasi lirik lagu Pekaka Bercerita, dan menjelaskan aspek proses sosial yang terdapat dalam kompilasi lirik lagu Pekaka Bercerita. Kajian ini menggunakan Teori Analisis Wacana Kritis Tiga Dimensi Fairclough (1992, 1995, 2003) yang dipelopori oleh Norman Fairclough. Teori Analisis Wacana Kritis Fairclough ini mengandaikan bahawa setiap wacana yang digarap dalam sesebuah teks sebagai sesuatu yang mempunyai struktur. Dengan itu, keseluruhan wacana yang mempunyai hubungan secara konseptual dalam sesuatu teks boleh diklasifikasikan ke dalam set tertentu. Dalam kajian ini, data utama akan dikumpul melalui himpunan 20 lirik lagu Pekaka Bercerita karya Normaliza Abd Rahim (2014) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kajian ini adalah menggunakan kaedah analisis deskriptif. Secara umumnya, kajian ini berusaha merungkai struktur yang terdapat dalam kompilasi lirik lagu Pekaka Bercerita agar pendengar khasnya kanak-kanak dapat mengetahui, menikmati, dan memahami maksud yang tersurat dan tersirat di sebalik penyampaian lirik lagu berkenaan di samping turut mendalami aspek kebahasaan yang terdapat di dalamnya. Hasil kajian mendapati bahawa penulis lirik menggunakan keseluruhan aspek penting dalam wacana ini, iaitu tekstual, praktis wacana, dan juga praktis sosial dengan seimbang dalam lirik lagu sekali gus menjadikan karya Pekaka Bercerita ini sebagai karya sastera yang terbina dengan keseimbangan unsur struktural bahasa yang mantap tanpa mengabaikan kesesuaian dan kewajaran karya dengan golongan sasaran. Selain itu, aspek praktis wacana iaitu intertekstualiti dan juga interdiskursiviti dalam bait lirik lagu Pekaka Bercerita ini juga mempunyai klausa ayat imperatif yang bermakna dan berkesan dalam menyampaikan mesej kepada golongan sasaran. Aspek praktis sosial dalam lirik lagu Pekaka Bercerita ini juga mempunyai keindahan moral yang seimbang dan berguna kepada golongan sasaran secara langsung berpotensi mendorong peningkatan inovasi kanakkanak untuk berfikiran positif dalam kehidupan seharian.