Penguasaan Tadhkīr dan Ta’nīth dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Selangor, Malaysia
Tadhkīr dan Ta’nīth merupakan elemen asas dalam mendalami bidang sintaksis Arab. Penguasaan dalam aspek gender ini adalah penting bagi setiap penutur bahasa Arab bagi memahami peraturan dan sistem nahu secara keseluruhannya. Namun, realiti pada hari ini menunjukkan r...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84670/1/FBMK%202019%2037%20-%20ir.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84670/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tadhkīr dan Ta’nīth merupakan elemen asas dalam mendalami bidang sintaksis
Arab. Penguasaan dalam aspek gender ini adalah penting bagi setiap penutur bahasa Arab bagi
memahami peraturan dan sistem nahu secara keseluruhannya. Namun, realiti pada hari ini
menunjukkan ramai pelajar bahasa Arab dilihat kurang menguasai nahu bahasa Arab
dengan baik terutamanya dalam aspek ini. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk
(1) mengenalpasti tahap penguasaan pelajar Menengah SMKA dalam penggunaan tadhkīr dan
ta’nīth (2) mengkaji bentuk kesalahan yang kerap dilakukan oleh pelajar Menengah SMKA
dalam tadhkīr dan ta’nīth (3) menganalisis faktor linguistik yang mempengaruhi kesalahan
pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Arab. Kajian kuantitatif ini menggunakan set ujian di mana
soalan berbentuk aneka pilihan dan karangan diberikan kepada pelajar. Peserta kajian
adalah terdiri daripada 30 orang pelajar di salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama di Negeri Selangor yang telah dipilih secara bertujuan dari 2 buah kelas
Tingkatan enam yang mengambil subjek bahasa Arab sebagai mata pelajaran teras. Hasil kajian
dianalisis secara deskriptif bagi mengukur kekerapan, peratusan dan min. Hasil analisis menunjukkan
tahap penguasaan pelajar dalam penggunaan tadhkīr dan ta’nīth adalah pada tahap sederhana. Selain
itu, data yang diperolehi turut menunjukkan bentuk kesalahan terbesar yang dilakukan oleh
pelajar adalah kesalahan penggunaan kata kerja yang mencatat jumlah tertinggi; iaitu kesalahan
dalam kata kerja lepas atau kata kerja sedang berlaku (30%) dan kesalahan dalam penggunaan struktur
ayat kerjaan (53.9%). Manakala, dapatan kajian analisis faktor yang mempengaruhi kesalahan
linguistik pelajar menunjukkan bahawa pelajar terlibat dengan beberapa isu kesalahan bahasa;
didahului oleh faktor Gangguan Bahasa Ibunda (interlingual transfer) yang melibatkan 18
kesalahan (60%), diikuti dengan faktor Generalisasi Melampau (Over-generalization) sebanyak 16
kesalahan (53.5%), faktor Pengabaian Terhadap Sekatan Peraturan Bahasa (Ignorance of Rule
Restrictions) dengan kekerapan 12 kesalahan (40%) dan faktor Membuat Andaian yang Salah
Terhadap Konsep Bahasa (False Concepts Hypothesized) dengan 4 kesalahan (13.3%). Antara punca utama kesalahan ini berlaku adalah pengaruh
bahasa Ibunda ke dalam struktur ayat dalam bahasa Arab. Pelajar didapati cenderung untuk
menterjemahkan ayat bahasa Melayu ke dalam bahasa Arab tanpa menitikberatkan unsur
nahu yang perlu ada dalam membentuk struktur ayat yang
betul dalam bahasa Arab. |
---|