Binaan dan jenis frasa kerja dalam Hikayat Merong Mahawangsa
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis binaan frasa kerja yang digunakan dalam bahasa Melayu klasik berdasarkan Hikayat Merong Mahawangsa (HMM). Kajian ini menggunakan Teori Sistemik Fungsional oleh Halliday, M. A. K. & Matthiessen, C. M. I. M., (2014) yang melihat bahasa dalam hu...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83248/1/FBMK%202018%2063%20-%20ir.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83248/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis binaan frasa kerja yang digunakan
dalam bahasa Melayu klasik berdasarkan Hikayat Merong Mahawangsa (HMM).
Kajian ini menggunakan Teori Sistemik Fungsional oleh Halliday, M. A. K. &
Matthiessen, C. M. I. M., (2014) yang melihat bahasa dalam hubungan semiotik, yang
mendukung makna tertentu. Frasa kerja bahasa Melayu klasik tidak dibina
berdasarkan teori atau acuan nahu tertentu yang perlu dipatuhi. Apa yang ingin
disampaikan merupakan fokus utama dalam pembentukan frasa kerja bahasa Melayu
klasik. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah menganalisis binaan frasa
kerja dan jenis frasa kerja yang terbentuk dalam HMM. Binaan frasa kerja dalam
HMM terdiri daripada unsur inti yang menggunakan kata kerja sebagai unsur utama.
Kata kerja boleh dibahagikan kepada kata kerja perbuatan dan kata kerja keadaan.
Kata kerja perbuatan, menjelaskan perbuatan yang dapat dilihat secara fizikal,
manakala kata kerja keadaan menerangkan peristiwa, pemerian, kepunyaan dan
kognisi. Inti frasa kerja diikuti oleh keterangan yang terdiri daripada kata nama, kata
kerja, kata sifat dan preposisi. Setiap unsur keterangan mempunyai peranan untuk
menyampaikan makna. Unsur keterangan tidak terikat kepada unsur nahu inti frasa
kerja, sama ada bersifat transitif atau tak transitif. Selain itu, kata kerja bantu boleh
hadir di hadapan inti frasa untuk menyatakan ciri suasana yang melatari perbuatan.
Pilihan perkataan dalam binaan frasa kerja membentuk sistem dalam hubungan
paradigmatik, iaitu pilihan perkataan berdasarkan makna yang ingin disampaikan.
Pilihan perkataan dalam sistem akhirnya membentuk struktur dalam hubungan
sintagmatik iaitu perkaitan makna dalam setiap perkataan yang disampaikan. Jenis
frasa kerja pula, ditentukan berdasarkan fungsi makna yang dinilai berdasarkan
struktur sintagmatik. Dapatan utama kajian ini mendapati inti frasa kerja tidak terhad
kepada satu kata kerja sahaja. Terdapat penggunaan dua hingga lima kata kerja yang
hadir secara berderetan dan berfungsi sebagai inti frasa. Binaan sebegini wujud kerana
terdapat sederetan perbuatan yang dilakukan, dan ingin diceritakan kembali seperti
yang dilihat. Selain itu, binaan frasa kerja dalam HMM tidak terikat kepada fungsi
nahuan kata kerja yang bersifat transitif atau tak transitif. Justeru, kajian ini bersifat deskriptif dengan penghuraian gejala bahasa yang digunakan dalam teks HMM. Hasil
kajian ini akan memperkukuh pemahaman dan pengetahuan tentang binaan frasa kerja
bahasa Melayu klasik berdasarkan makna yang ingin disampaikan. |
---|