Pelajar UPM Sumbang RM6 ribu Kepada Asrama Darul Falah

KUALA LUMPUR– Sebanyak RM6 ribu berjaya dikumpul oleh 46 pelajar Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia daripada Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada pengurusan Asrama Darul Falah (ASDAF) di sini. Sumber kewan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Malay
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/81/1/Pelajar_UPM.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/81/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.81
record_format eprints
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
Malay
description KUALA LUMPUR– Sebanyak RM6 ribu berjaya dikumpul oleh 46 pelajar Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia daripada Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada pengurusan Asrama Darul Falah (ASDAF) di sini. Sumber kewangan dijana hasil kutipan oleh pelajar-pelajar yang menjalankan promosi program itu selama sebulan daripada penyumbang persendirian di dalam dan di luar UPM. Selain kewangan, pelajar-pelajar UPM turut menderma kelengkapan seperti tilam, bantal, cadar, buku-buku rujukan untuk perpustakaan ASDAF dan pakaian. Pengarah program, Hafizan Ali berkata khidmat masyarakat (CSR) selama sehari bersama anak-anak orang asli yang tinggal di ASDAF menerapkan nilai-nilai murni serta menghayati kehidupan anak-anak yatim dan miskin untuk merapatkan hubungan silaturrahim. “Pemilihan untuk membantu ASDAF telah dicadangkan oleh pelajar UPM memandangkan warga ASDAF hanya ditaja oleh badan-badan bukan kerajaan dan orang persendirian sahaja,” katanya. Beliau menambah program ini juga merupakan program serampang dua mata yang antara lainnya berhasrat mendekati golongan muda dan menggalakkan mereka untuk melanjutkan pelajaran. Sementara itu, program ini disertai oleh 10 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dari pelbagai fakulti. Sepanjang program berlangsung, keceriaan jelas terpancar pada wajah anak-anak ASDAF apabila mereka dihiburkan dengan pelbagai aktiviti dan sukaneka pelajar UPM. Pensyarah program, Dr. Roziah Mohd Rasdi berkata program itu dapat menjadi pencetus serta dapat mewujudkan kesedaran dalam kalangan mahasiswa untuk melaksanakan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat. “Pelajar berpeluang untuk mengaplikasi ilmu perancanaan program yang telah disampaikan di dalam kuliah dan dalam masa yang sama mencurahkan khidmat bakti mereka kepada masyarakat yang memerlukan,” katanya. Beliau berkata selain memberi sumbangan dalam bentuk material, pelajar juga boleh melakukan amal kebajikan dengan membina minda anak-anak yatim itu supaya mereka berjaya dalam hidup dan menjadi generasi yang bermotivasi serta berintegriti. Antara aktiviti diadakan adalah sukaneka secara berkumpulan yang dijalankan seperti explorace bertujuan meningkatkan persaingan sihat antara kumpulan dan kerjasama antara setiap peserta dan anak-anak ASDAF. Kepimpinan dan kreativiti pelajar ASDAF juga dapat dipupuk melalui pembentukan identiti kumpulan seperti membuat logo, slogan dan sebagainya. Salah seorang penghuni ASDAF, Sharif Abdus Shakur Sharif Saad yang berasal dari Padang Sera, Kodiang, Kedah berkata beliau teruja apabila mengetahui pelajar UPM hadir untuk beramah mesra bersama mereka. “Kehadiran mereka telah menyuntik semangat saya untuk ke menara gading satu hari nanti. Selain itu saya memperoleh pengalaman baharu melalui aktiviti-altiviti yang diadakan,” katanya. Rakanya, Mona Brong berkata beliau gembira kerana masih ada pihak yang sudi berkunjung dan mengadakan aktiviti bersama penghuni ASDAF. “Harapan kami, ada lagi pihak yang sudi meluangkan masa bersama kami semua di sini dan prihatin dengan kehidupan kami,” katanya. Pegawai Hal Ehwal Pelajar ASDAF, Mohd Noor Rashidi Adnan menyifatkan kehadiran pelajar-pelajar UPM merupakan satu pengalaman yang berharga kepada penghuni ASDAF. “Saya harap program sebegini akan diteruskan serta dapat memotivasikan anak-anak ASDAF untuk terus berjaya pada masa akan datang,” katanya. ASDAF sebuah asrama yang menempatkan seramai 47 orang pelajar yang berumur dari 7 hingga 17 tahun dari golongan keluarga orang asli yang miskin dan anak-anak yatim. Asrama yang bertempat di Changkat Persekutuan, Bukit Persekutuan Kuala Lumpur ini merupakan badan yang berada di bawah naungan Persekutuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).
format UPM News
author Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
spellingShingle Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Pelajar UPM Sumbang RM6 ribu Kepada Asrama Darul Falah
author_facet Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_sort Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
title Pelajar UPM Sumbang RM6 ribu Kepada Asrama Darul Falah
title_short Pelajar UPM Sumbang RM6 ribu Kepada Asrama Darul Falah
title_full Pelajar UPM Sumbang RM6 ribu Kepada Asrama Darul Falah
title_fullStr Pelajar UPM Sumbang RM6 ribu Kepada Asrama Darul Falah
title_full_unstemmed Pelajar UPM Sumbang RM6 ribu Kepada Asrama Darul Falah
title_sort pelajar upm sumbang rm6 ribu kepada asrama darul falah
publishDate 2011
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/81/1/Pelajar_UPM.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/81/
_version_ 1643821738465689600
spelling my.upm.eprints.812013-05-27T06:45:29Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/81/ Pelajar UPM Sumbang RM6 ribu Kepada Asrama Darul Falah Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat KUALA LUMPUR– Sebanyak RM6 ribu berjaya dikumpul oleh 46 pelajar Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia daripada Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada pengurusan Asrama Darul Falah (ASDAF) di sini. Sumber kewangan dijana hasil kutipan oleh pelajar-pelajar yang menjalankan promosi program itu selama sebulan daripada penyumbang persendirian di dalam dan di luar UPM. Selain kewangan, pelajar-pelajar UPM turut menderma kelengkapan seperti tilam, bantal, cadar, buku-buku rujukan untuk perpustakaan ASDAF dan pakaian. Pengarah program, Hafizan Ali berkata khidmat masyarakat (CSR) selama sehari bersama anak-anak orang asli yang tinggal di ASDAF menerapkan nilai-nilai murni serta menghayati kehidupan anak-anak yatim dan miskin untuk merapatkan hubungan silaturrahim. “Pemilihan untuk membantu ASDAF telah dicadangkan oleh pelajar UPM memandangkan warga ASDAF hanya ditaja oleh badan-badan bukan kerajaan dan orang persendirian sahaja,” katanya. Beliau menambah program ini juga merupakan program serampang dua mata yang antara lainnya berhasrat mendekati golongan muda dan menggalakkan mereka untuk melanjutkan pelajaran. Sementara itu, program ini disertai oleh 10 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dari pelbagai fakulti. Sepanjang program berlangsung, keceriaan jelas terpancar pada wajah anak-anak ASDAF apabila mereka dihiburkan dengan pelbagai aktiviti dan sukaneka pelajar UPM. Pensyarah program, Dr. Roziah Mohd Rasdi berkata program itu dapat menjadi pencetus serta dapat mewujudkan kesedaran dalam kalangan mahasiswa untuk melaksanakan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat. “Pelajar berpeluang untuk mengaplikasi ilmu perancanaan program yang telah disampaikan di dalam kuliah dan dalam masa yang sama mencurahkan khidmat bakti mereka kepada masyarakat yang memerlukan,” katanya. Beliau berkata selain memberi sumbangan dalam bentuk material, pelajar juga boleh melakukan amal kebajikan dengan membina minda anak-anak yatim itu supaya mereka berjaya dalam hidup dan menjadi generasi yang bermotivasi serta berintegriti. Antara aktiviti diadakan adalah sukaneka secara berkumpulan yang dijalankan seperti explorace bertujuan meningkatkan persaingan sihat antara kumpulan dan kerjasama antara setiap peserta dan anak-anak ASDAF. Kepimpinan dan kreativiti pelajar ASDAF juga dapat dipupuk melalui pembentukan identiti kumpulan seperti membuat logo, slogan dan sebagainya. Salah seorang penghuni ASDAF, Sharif Abdus Shakur Sharif Saad yang berasal dari Padang Sera, Kodiang, Kedah berkata beliau teruja apabila mengetahui pelajar UPM hadir untuk beramah mesra bersama mereka. “Kehadiran mereka telah menyuntik semangat saya untuk ke menara gading satu hari nanti. Selain itu saya memperoleh pengalaman baharu melalui aktiviti-altiviti yang diadakan,” katanya. Rakanya, Mona Brong berkata beliau gembira kerana masih ada pihak yang sudi berkunjung dan mengadakan aktiviti bersama penghuni ASDAF. “Harapan kami, ada lagi pihak yang sudi meluangkan masa bersama kami semua di sini dan prihatin dengan kehidupan kami,” katanya. Pegawai Hal Ehwal Pelajar ASDAF, Mohd Noor Rashidi Adnan menyifatkan kehadiran pelajar-pelajar UPM merupakan satu pengalaman yang berharga kepada penghuni ASDAF. “Saya harap program sebegini akan diteruskan serta dapat memotivasikan anak-anak ASDAF untuk terus berjaya pada masa akan datang,” katanya. ASDAF sebuah asrama yang menempatkan seramai 47 orang pelajar yang berumur dari 7 hingga 17 tahun dari golongan keluarga orang asli yang miskin dan anak-anak yatim. Asrama yang bertempat di Changkat Persekutuan, Bukit Persekutuan Kuala Lumpur ini merupakan badan yang berada di bawah naungan Persekutuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). 2011-03-21 UPM News NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/81/1/Pelajar_UPM.pdf Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Pelajar UPM Sumbang RM6 ribu Kepada Asrama Darul Falah. [UPM News] Malay
score 13.154905