Kassim Ahmad dan pemikiran anti hadis

Sudah ramai yang mengkaji mengenai Kassim Ahmad, akan tetapi setakat yang diketahui tiada yang mengkaji pemikirannya menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Kami telah mencuba mengkaji pemikiran Kassim Ahmad dan pemikiran anti hadisnya melalui kaedah penyelidikan kualitatif. Alhamdulillah kajia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Amini Amir, Mohd Ali, Izwan, Mohd Fakhruddin, Fathiyah
Format: Article
Language:English
Published: Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT) 2019
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/80354/1/Kassim%20Ahmad%20dan%20pemikiran%20anti%20hadis.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/80354/
https://www.google.com/search?client=firefox-b-d&q=KASSIM+AHMAD+DAN+PEMIKIRAN+ANTI+HADIS
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sudah ramai yang mengkaji mengenai Kassim Ahmad, akan tetapi setakat yang diketahui tiada yang mengkaji pemikirannya menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Kami telah mencuba mengkaji pemikiran Kassim Ahmad dan pemikiran anti hadisnya melalui kaedah penyelidikan kualitatif. Alhamdulillah kajian ini dapat diselesaikan sebelum kematiannya. Kassim Ahmad telah dikenal pasti sebagai individu yang mempertikaikan hadis. Pertuduhan anti hadis terhadap beliau telah dibuat sejak tahun 1986 oleh Jabatan Mufti di negeri-negeri melalui beberapa fatwa yang telah diwartakan oleh negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Pahang. Berasaskan kepada penulisan dan ucapan beliau, adalah satu perkara yang penting untuk diteroka tentang pemikiran beliau mengenai Islam terutamanya pandangan beliau terhadap hadis. Berdasarkan hakikat tersebut, kajian tentang pemikiran Kassim Ahmad sebagai individu yang menolak hadis perlu dijalankan bagi meneroka asas pandangan beliau, kaedah yang digunakan bagi menafsir alQuran, hujah yang digunakan bagi menolak hadis dan pandangan beliau berhubung dengan perkara-perkara ghaibiyyat. Kami adalah satu-satunya pengkaji yang berjaya menebual beliau sebelum beliau meninggal dunia.