Kelewatan Proses Pembayaran Balik Cukai Berlebihan di Lembaga Hasil Dalam Negeri
Selaras dengan pembangunan ekonomi negara yang pesat, labatan Hasil Dalam Negeri telah dikorporasikan untuk meningkatkan prestasi perkhidmatannya kepada pembayar cukai. Sebagai sebuah badan berkanun kerajaan, LHDN diberikan penuh kepercayaan untuk memungut hasil cukai bagi pihak kerajaan. Bagi m...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Project Paper Report |
Language: | English Malay |
Published: |
1997
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7904/1/GSM_1997_20_A.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7904/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Selaras dengan pembangunan ekonomi negara yang pesat, labatan
Hasil Dalam Negeri telah dikorporasikan untuk meningkatkan
prestasi perkhidmatannya kepada pembayar cukai. Sebagai sebuah
badan berkanun kerajaan, LHDN diberikan penuh kepercayaan
untuk memungut hasil cukai bagi pihak kerajaan. Bagi mencapai
hasrat ini, LHDN telah melaksanakan beberapa langkah untuk
meningkatkan mutu perkhidmatannya kepada pembayar cukai.
Salah satu daripadanya ialah potongan cukai melalui PCB. Tujuan
kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor - faktor utama yang
menyebabkan kelewatan proses pembayaran balik cukai berlebihan
akibat daripada potongan cukai melalui PCB. Di samping
mengenalpasti, kajian ini juga bertujuan untuk menyenaraikan
faktor - faktor tersebut mengikut kepentingan melalui penggunaan
kaedah AHP. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor kecuaian
majikan mengisi borang CP39, beban kerja dan kekurangan staff
merangkumi 60% daripada keseluruhan masalah di Kaunter
Pembayaran. Di Cawangan Penaksiran pula, faktor kelewatan
menerima borang B, ketidaklengkapan maklumat dalam borang B
dan beban kerja staff menyumbangkan 63% daripada keseluruhan
masalah. Akhirnya di Cawangan Pungutan, faktor kesulitan
mengemaskinikan ledger pembayar cukai, persefahaman di antara
bahagian dan kepentingan memperolehi maklumat di antara
cawangan merupakan faktor - faktor utama yang menyumbang
kepada kelewatan proses pembayaran balik cukai berlebihan.
Berdasarkan kepada kajian di atas, pihak pengurusan LHDN dapat
mengambil langkah -langkah yang sewajarnya untuk mengatasi
masalah - masalah yang telah dinyatakan. Semoga sistem potongan
cukai melalui PCB dapat membantu meningkatkan prestasi
perkhidmatan LHDN dan menyenangkan pembayar cukai. |
---|