UPM Cipta Alat Kesan Bahan Awet Mayat Pada Ikan
SERDANG, 26 Ogos - Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta alat pengesan teknologi biosensor menggunakan enzim bagi mengenalpasti bahan kimia formaldehid yang boleh diguna sebagai bahan pengawet mayat pada ikan di pasaran. Ketua penyelidik, Prof. Madya Dr. Fatimah Abu Bakar...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | UPM News |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7792/1/UPM_Cipta_Alat_Kesan_Bahan_Awet_Mayat_Pada_Ikan.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7792/ http://www.upm.edu.my/?kat=1&aktvt=berita&kod=201009072501031121721654168 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | SERDANG, 26 Ogos - Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta alat pengesan teknologi biosensor menggunakan enzim bagi mengenalpasti bahan kimia formaldehid yang boleh diguna sebagai bahan pengawet mayat pada ikan di pasaran.
Ketua penyelidik, Prof. Madya Dr. Fatimah Abu Bakar dari Institut Biosains UPM berkata teknologi itu merupakan kaedah pantas dan efektif mengesan bahan yang boleh menyebabkan risiko penyakit kanser paru-paru, kanser otak dan leukemia jika termakan berlebihan.
“Penggunaan bahan kimia ini ke atas ikan masih tiada keseragaman dari aspek kajian dan pengawasan. Dengan biosensor ini, kita dapat mengetahui penyalahgunaan bahan kimia ini yang disalahguna oleh pengusaha jualan ikan,” katanya pada sidang media Produk Baharu UPM anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti (RMC) dan Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) di sini.
Beliau berkata alat pengesan yang mengambil masa 10 minit berbanding kaedah konvensional selama satu hari itu boleh digunakan di lokasi pendaratan, pengangkutan atau penjualan runcit ikan.
Dr. Fatimah berkata penyelidikan yang dijalankan sejak tahun 2007 hingga tahun ini telah difailkan untuk paten dengan dibiayai oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Beliau dibantu oleh penyelidik Prof. Dato’ Dr. Abu Bakar Salleh, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM; Prof. Madya Dr. Nor Azah Yusof (UPM), Nur Indang Marzuki (UPM) dan Prof. Dr. Lee Yoke Heng (UKM).
“Harga peralatan ini bergantung kepada pengilang yang mengeluarkannya tetapi purata harga satu kit biosensor ialah RM50 dan boleh digunakan selama 60 kali,” katanya yang berharap produknya akan menarik minat mana-mana syarikat untuk mengkomersialkannya.
Formaldehid adalah bahan yang banyak digunakan dalam sektor perkilangan seperti pembuatan kertas, papan nipis dan untuk tujuan pengawetan tisu spesimen di hospital. Selain penggunaannya boleh membuatkan ikan-ikan di pasar nampak segar dan tahan lama. |
---|