Pembentukan kepakaran melalui pendidikan profesional lanjutan dalam kalangan pakar perubatan di Malaysia

Bidang perubatan merupakan satu bidang profesional yang amat penting kepada masyarakat dan negara, dan ia mempunyai peranan secara langsung dalam peningkatan taraf hidup rakyat. Faktor seperti keperluan mendadak untuk kepakaran tertentu, lambakan lepasan ijazah kedoktoran serta perubahan dalam bidan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tukiman, Nur Fariza
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77672/1/FPP%202018%2045%20ir.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77672/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.77672
record_format eprints
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
topic Medical education
Medicine - Professional education
spellingShingle Medical education
Medicine - Professional education
Tukiman, Nur Fariza
Pembentukan kepakaran melalui pendidikan profesional lanjutan dalam kalangan pakar perubatan di Malaysia
description Bidang perubatan merupakan satu bidang profesional yang amat penting kepada masyarakat dan negara, dan ia mempunyai peranan secara langsung dalam peningkatan taraf hidup rakyat. Faktor seperti keperluan mendadak untuk kepakaran tertentu, lambakan lepasan ijazah kedoktoran serta perubahan dalam bidang perubatan seperti wujudnya penyakit baharu dan penemuan teknologi perubatan yang baharu memerlukan seseorang profesional bidang perubatan bukan sahaja meningkatkan kebolehan dan ilmu mereka hingga menjadi seseorang yang pakar, tetapi satu proses pembelajaran berterusan harus berlaku untuk terus meningkatkan kepakarannya. Kajian ini berkenaan dengan pembentukan kepakaran seseorang doktor perubatan di Malaysia bermula daripada tahap novis hingga ke tahap pakar. Kaedah-kaedah pendidikan profesional lanjutan formal dan tidak formal dalam pembentukan kepakaran doktor perubatan dikaji untuk melihat sumbangan terhadap pembentukan kepakaran tersebut. Objektif kajian ini adalah menjelaskan makna kepakaran dalam bidang perubatan, menerangkan proses pembentukan kepakaran dalam bidang perubatan dan menerangkan sumbangan pendidikan profesional lanjutan kepada pembentukan kepakaran tersebut. Soroton literatur membincangkan pelbagai teori proses pembelajaran terutama untuk orang dewasa. Selain itu definasi profesional dan ciri-cirinya diteliti dan hubung kait antara proses pembelajaran dalam pembentukan kepakaran dalam sesuatu profesional diperbincangkan dengan lebih lanjut. Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kualitatif bersifat fenomenologi untuk memahami makna dan proses pembentukan kepakaran seseorang pakar perubatan melalui Pendidikan Profesional Lanjutan (PPL). Seramai dua belas orang responden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada doktor pakar perubatan di Malaysia bagi memahami dan mendalami proses pembelajaran dalam pembentukan kepakaran yang telah mereka alami sepanjang kerjaya mereka. Pengumpulan data dilakukan menerusi temu bual mendalam. Seterusnya, data tersebut dianalisis melalui proses pengekodan, pembentukan kategori dan penghasilan tema bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian yang pertama mendapati terdapat tiga makna kepakaran iaitu pengiktirafan, cara pelaksanaan kerja dan kerjaya seseorang itu sendiri sebagai doktor pakar. Dapatan kajian yang kedua pula mendapati proses pembentukan kepakaran seorang doktor perubatan berlaku dalam proses pembelajaran yang berterusan dan merangkumi pelbagai sesi pembelajaran formal dan informal termasuk kerjasama penyelidikan dan berkongsi kepakaran dengan pakar dari luar negara, mengikuti kursus dan latihan anjuran badan profesional, serta penglibatan dalam aktiviti pementoran yang bukan sahaja memberi kebaikan kepada doktor yang diberi pementoran, tetapi juga doktor yang menjadi mentor. Dapatan kajian ketiga pula mendapati pendidikan profesional lanjutan mempunyai sumbangan yang besar dalam pembentukan kepakaran dalam bidang perubatan. Tiga sumbangan utama adalah untuk memperkukuhkan maklumat terkini dan maklumat sedia ada, memperkukuhkan perkhidmatan profesion kedoktoran serta memastikan kelestarian bidang perubatan. Terdapat tiga implikasi daripada kajian ini iaitu implikasi kepada bidang PPL, implikasi kepada pembinaan teori serta implikasi kepada pembentukan kepakaran dalam bidang profesion. Seterusnya, beberapa cadangan penambahbaikan telah diberikan berdasarkan implikasi yang dikenalpasti. Pertamanya untuk agensi dan badan yang berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Perubatan Malaysia, serta penyedia perkhidmatan dan latihan untuk meningkatkan peranan masing-masing untuk meningkatkan pembentukan kepakaran doktor pakar melalui penambahbaikan program, aktiviti formal dan informal, serta kandungan latihan dan perkhidmatan berdasarkan dapatan daripada kajian ini. Bagi doktor pakar pula, pemahaman mengenai proses pembentukan kepakaran termasuk rujukan kepada model Pembentukan Doktor Pakar (PDP) membolehkan mereka merancang strategi yang terbaik dalaam usaha mereka untuk membentuk kepakaran mereka sendiri. Adalah diharapkan agar hasil kajian ini dapat meningkatkan industri perubatan negara dengan mempercepatkan dan meningkatkan kemampuan proses pembentukan kepakaran doktor perubatan melalui pemahaman dapatan kajian dan melaksanakan cadangan penambahbaikan kepada proses PPL. Di masa hadapan, kajian dalam bidang ini boleh didalami lagi, antaranya dalam konteks perbandingan proses pembentukan kepakaran doktor perubatan dengan negara-negara luar terutamanya dengan negara yang mempunyai industri perubatan yang baik.
format Thesis
author Tukiman, Nur Fariza
author_facet Tukiman, Nur Fariza
author_sort Tukiman, Nur Fariza
title Pembentukan kepakaran melalui pendidikan profesional lanjutan dalam kalangan pakar perubatan di Malaysia
title_short Pembentukan kepakaran melalui pendidikan profesional lanjutan dalam kalangan pakar perubatan di Malaysia
title_full Pembentukan kepakaran melalui pendidikan profesional lanjutan dalam kalangan pakar perubatan di Malaysia
title_fullStr Pembentukan kepakaran melalui pendidikan profesional lanjutan dalam kalangan pakar perubatan di Malaysia
title_full_unstemmed Pembentukan kepakaran melalui pendidikan profesional lanjutan dalam kalangan pakar perubatan di Malaysia
title_sort pembentukan kepakaran melalui pendidikan profesional lanjutan dalam kalangan pakar perubatan di malaysia
publishDate 2018
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77672/1/FPP%202018%2045%20ir.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77672/
_version_ 1724075566147043328
spelling my.upm.eprints.776722022-01-25T04:05:48Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77672/ Pembentukan kepakaran melalui pendidikan profesional lanjutan dalam kalangan pakar perubatan di Malaysia Tukiman, Nur Fariza Bidang perubatan merupakan satu bidang profesional yang amat penting kepada masyarakat dan negara, dan ia mempunyai peranan secara langsung dalam peningkatan taraf hidup rakyat. Faktor seperti keperluan mendadak untuk kepakaran tertentu, lambakan lepasan ijazah kedoktoran serta perubahan dalam bidang perubatan seperti wujudnya penyakit baharu dan penemuan teknologi perubatan yang baharu memerlukan seseorang profesional bidang perubatan bukan sahaja meningkatkan kebolehan dan ilmu mereka hingga menjadi seseorang yang pakar, tetapi satu proses pembelajaran berterusan harus berlaku untuk terus meningkatkan kepakarannya. Kajian ini berkenaan dengan pembentukan kepakaran seseorang doktor perubatan di Malaysia bermula daripada tahap novis hingga ke tahap pakar. Kaedah-kaedah pendidikan profesional lanjutan formal dan tidak formal dalam pembentukan kepakaran doktor perubatan dikaji untuk melihat sumbangan terhadap pembentukan kepakaran tersebut. Objektif kajian ini adalah menjelaskan makna kepakaran dalam bidang perubatan, menerangkan proses pembentukan kepakaran dalam bidang perubatan dan menerangkan sumbangan pendidikan profesional lanjutan kepada pembentukan kepakaran tersebut. Soroton literatur membincangkan pelbagai teori proses pembelajaran terutama untuk orang dewasa. Selain itu definasi profesional dan ciri-cirinya diteliti dan hubung kait antara proses pembelajaran dalam pembentukan kepakaran dalam sesuatu profesional diperbincangkan dengan lebih lanjut. Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kualitatif bersifat fenomenologi untuk memahami makna dan proses pembentukan kepakaran seseorang pakar perubatan melalui Pendidikan Profesional Lanjutan (PPL). Seramai dua belas orang responden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada doktor pakar perubatan di Malaysia bagi memahami dan mendalami proses pembelajaran dalam pembentukan kepakaran yang telah mereka alami sepanjang kerjaya mereka. Pengumpulan data dilakukan menerusi temu bual mendalam. Seterusnya, data tersebut dianalisis melalui proses pengekodan, pembentukan kategori dan penghasilan tema bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian yang pertama mendapati terdapat tiga makna kepakaran iaitu pengiktirafan, cara pelaksanaan kerja dan kerjaya seseorang itu sendiri sebagai doktor pakar. Dapatan kajian yang kedua pula mendapati proses pembentukan kepakaran seorang doktor perubatan berlaku dalam proses pembelajaran yang berterusan dan merangkumi pelbagai sesi pembelajaran formal dan informal termasuk kerjasama penyelidikan dan berkongsi kepakaran dengan pakar dari luar negara, mengikuti kursus dan latihan anjuran badan profesional, serta penglibatan dalam aktiviti pementoran yang bukan sahaja memberi kebaikan kepada doktor yang diberi pementoran, tetapi juga doktor yang menjadi mentor. Dapatan kajian ketiga pula mendapati pendidikan profesional lanjutan mempunyai sumbangan yang besar dalam pembentukan kepakaran dalam bidang perubatan. Tiga sumbangan utama adalah untuk memperkukuhkan maklumat terkini dan maklumat sedia ada, memperkukuhkan perkhidmatan profesion kedoktoran serta memastikan kelestarian bidang perubatan. Terdapat tiga implikasi daripada kajian ini iaitu implikasi kepada bidang PPL, implikasi kepada pembinaan teori serta implikasi kepada pembentukan kepakaran dalam bidang profesion. Seterusnya, beberapa cadangan penambahbaikan telah diberikan berdasarkan implikasi yang dikenalpasti. Pertamanya untuk agensi dan badan yang berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Perubatan Malaysia, serta penyedia perkhidmatan dan latihan untuk meningkatkan peranan masing-masing untuk meningkatkan pembentukan kepakaran doktor pakar melalui penambahbaikan program, aktiviti formal dan informal, serta kandungan latihan dan perkhidmatan berdasarkan dapatan daripada kajian ini. Bagi doktor pakar pula, pemahaman mengenai proses pembentukan kepakaran termasuk rujukan kepada model Pembentukan Doktor Pakar (PDP) membolehkan mereka merancang strategi yang terbaik dalaam usaha mereka untuk membentuk kepakaran mereka sendiri. Adalah diharapkan agar hasil kajian ini dapat meningkatkan industri perubatan negara dengan mempercepatkan dan meningkatkan kemampuan proses pembentukan kepakaran doktor perubatan melalui pemahaman dapatan kajian dan melaksanakan cadangan penambahbaikan kepada proses PPL. Di masa hadapan, kajian dalam bidang ini boleh didalami lagi, antaranya dalam konteks perbandingan proses pembentukan kepakaran doktor perubatan dengan negara-negara luar terutamanya dengan negara yang mempunyai industri perubatan yang baik. 2018-05 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77672/1/FPP%202018%2045%20ir.pdf Tukiman, Nur Fariza (2018) Pembentukan kepakaran melalui pendidikan profesional lanjutan dalam kalangan pakar perubatan di Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. Medical education Medicine - Professional education
score 13.187197