Gaya keibubapaan ke atas remaja yang terlibat dengan penyalahgunaan bahan : kajian sistematik literatur

Gaya keibubapaan merupakan proses menjaga, pelihara, mengasuh dan mendidik anak-anak oleh ibu bapa. Proses ini dipengaruhi oleh input daripada ibu bapa dan akan mempengaruhi kesan yang bakal terjadi kepada anak-anak. Ramai penyelidik sebelum ini melakukan beberapa kajian mengenai faktor dan implikas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hamsah, Siti Hawa, Hassan, Siti Aishah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2019
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76688/1/GREDUC2019-16.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76688/
http://spel3.upm.edu.my/max/dokumen/GREDUC_GREduc2019_E-proceedings.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Gaya keibubapaan merupakan proses menjaga, pelihara, mengasuh dan mendidik anak-anak oleh ibu bapa. Proses ini dipengaruhi oleh input daripada ibu bapa dan akan mempengaruhi kesan yang bakal terjadi kepada anak-anak. Ramai penyelidik sebelum ini melakukan beberapa kajian mengenai faktor dan implikasi yang berlaku terhadap gaya asuhan ibu bapa. Penyalahgunaan bahan merujuk kepada apa jua jenis bahan yang bertentangan dengan jenis rawatan dan fungsinya. Contohnya seperti ubat, racun, dadah dan alkohol. Punca-punca penyalahgunaan bahan keatas anak-anak dapat dilihat dari gaya asuhan ibubapa sejak kecil. Oleh itu, kajian ini ingin mengkaji mengenai apakah gaya asuhan ibu bapa memberi impak kepada remaja. Bagaimana gaya asuhan mempengaruhi keterlibatan anak-anak dan sikap ibu bapa terhadap anak-anak yang terlibat dengan penagihan alkohol. Apakah hubung kait di antara sikap ibu bapa dan gaya keibubapaan terhadap kecenderungan remaja dengan ketagihan penyalahgunaan bahan Data kuantitatif telah digunakan untuk mendapatkan pandangan yang lebih baik mengenai gaya keibubapaan ibu bapa ke atas anak-anak yang terlibat dengan penyalahgunaan bahan. Faktor ini adalah daya tahan dan kepentingan keluarga dalam kehidupan individu. Hasil penyelidikan ini membuktikan terdapat hubungan antara gaya keibubapaan ke atas anak-anak yang terlibat dengan penyalahgunan bahan.