Pengukuran klorofil daun padi menggunakan indeks tumbuhan spektrum dari imej multispektral

Pertanian persis (PA) adalah satu teknik penanaman untuk meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan input bagi mengekalkan permintaan makanan di dunia. Kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) atau lebih dikenali sebagai dron adalah salah satu alat yang digunakan dalam pemantauan tanaman untuk pertanian p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ang, Yuhao, Che'ya, Nik Norasma, Roslin, Nor Athirah, Ismail, Mohd Razi, Berahim, Zulkarami, Md Azali, Fadzilah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Malaysian Society of Agricultural Engineers 2019
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76603/1/MSAEC-35.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76603/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pertanian persis (PA) adalah satu teknik penanaman untuk meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan input bagi mengekalkan permintaan makanan di dunia. Kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) atau lebih dikenali sebagai dron adalah salah satu alat yang digunakan dalam pemantauan tanaman untuk pertanian persis. Dron atau UAV adalah komponen penting dalam konsep PA untuk pengumpulan imej di lapangan. Kaedah tradisional, seperti penerokaan tanaman atau tinjauan lapangan, tidak berkesan dalam mengenal pasti status nutrien dan keadaan tanaman. Penggunaan teknologi seperti teknologi UAV dalam PA, akan membantu untuk membuat cerapan dan menilai tahap kesihatan tanaman secara cepat dan mudah. Objektif kajian ini adalah mengkaji nilai NDVI dan NDRE yang menggunakan aerial imej dan analisis imej objek (OBIA) serta mengesahkan indeks vegetatif (NDVI dan NDRE) dalam peta padi dengan menggunakan data klorofil dari SPAD meter.Keputusan menunjukkan NDVI (R2 = 0.91) dan NDRE (R2 = 0.95) yang menggunakan aerial imej dan analisis imej objek (OBIA) memberi korelasi linear positif dengan pembacaan SPAD. Hasil daripada projek ini, kami mendapati bahawa UAV berpotensi membantu pemantauan padi di lapangan.