Simbol Pakan dalam ritual masyarakat Penan kawasan Ulu Jelalong Tubau, Bintulu, Sarawak

Kepercayaan pada dasarnya bertujuan sebagai pedoman tingkah laku bagi seluruh masyarakat yang memahami serta meyakini kepercayaan tersebut. Bagi Masyarakat Penan, terutamanya di kawasan Ulu Jelalong Tubau, Bintulu, mereka mempunyai satu kepercayaan yang merupakan hal penting dalam perkara menyatukan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Keti, Sarina, Magiman, Mohamad Maulana, Mohd Yusoff, Ahmad Nasir
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Agriculture and Food Sciences, Universiti Putra Malaysia Bintulu Sarawak Campus 2019
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76496/1/ICOSSH2019-27.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76496/
http://spel3.upm.edu.my/max/dokumen/ICSSH2019_e_proceeding_ICOSSH_2019_UPMKB_(with_eISBN).pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kepercayaan pada dasarnya bertujuan sebagai pedoman tingkah laku bagi seluruh masyarakat yang memahami serta meyakini kepercayaan tersebut. Bagi Masyarakat Penan, terutamanya di kawasan Ulu Jelalong Tubau, Bintulu, mereka mempunyai satu kepercayaan yang merupakan hal penting dalam perkara menyatukan masyarakatnya. Dengan itu penyelidikan ini dibuat untuk mengkaji makna simbol Pakan dalam ritual masyarakat Penan di kawasan Ulu Jelalong Tubau, Bintulu Sarawak. Fokus utama ialah untuk mengkaji peranan simbol yang terdapat dalam upacara Pakan di dalam setiap ritual yang berkaitan dengan budaya masyarakat Penan di kawasan Ulu Jelalong Tubau, Bintulu. Secara tidak langsung budaya Pakan ini telah memperkenalkan identiti bangsa Penan itu sendiri di mana keunggulan sesuatu bangsa terhasil daripada nilai-nilai budaya kerana ia mencerminkan keunikan dan keistimewaan sesuatu bangsa. Rentetan itulah, usaha dilakukan untuk memberi fokus kepada budaya Pakan yang menjadi satu simbol ritual-ritual masyarakat Penan di Kawasan Ulu Jelalong. Upacara Pakan merupakan satu upacara memberi makan roh. Kesemua hajat dan niat mereka ditujukan kepada Tuhan yang disebut retalak. Dalam upacara Pakan masyarakat Penan akan berdoa supaya diberi perlindungan, kesejahteraan hidup dan supaya masyarakatnya sentiasa bersatu. Data kajian diperoleh daripada pemerhatian dan temubual secara langsung terhadap perlakuan ke atas upacara ini. Didapati upacara ini adalah berbentuk animisme dan diadaptasikan dengan unsur-unsur kekristianan pada masa ini. Pelaku kepada upacara Pakan bagi golongan Penan animisme ialah “vaie puwet” atau vaie jau manakala pelaku kepada upacara Pakan dalam Penan Kristian ialah ketua agama yang terdiri daripada pastor, paderi dan ketua sembahyang. Walaupun upacara ini bersifat animisme tetapi ia masih diterima oleh masyarakat dengan cara Kristian mengikut agama yang mereka anuti ketika ini.