Pengaruh faktor personaliti terhadap penyertaan politik belia di Selangor, Malaysia

Wujudnya ketidakseragaman pendapat berkenaan penyertaan politik belia di Malaysia dan di Selangor. Ada pengkaji yang melihat belia ini aktif melibatkan diri dalam politik tetapi terdapat juga pengkaji yang melihat belia ini semakin tidak berminat dengan politik. Oleh itu timbulnya tanda tanya sama a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Marjuni, Alia Shuhada
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75738/1/FEM%202018%2015%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75738/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Wujudnya ketidakseragaman pendapat berkenaan penyertaan politik belia di Malaysia dan di Selangor. Ada pengkaji yang melihat belia ini aktif melibatkan diri dalam politik tetapi terdapat juga pengkaji yang melihat belia ini semakin tidak berminat dengan politik. Oleh itu timbulnya tanda tanya sama ada wujudnya pengaruh tertentu dalam menentukan kecenderungan penyertaan belia dalam politik. Beberapa kajian di luar negara membuktikan bahawa faktor personaliti mampu mempengaruhi penyertaan politik individu. Kajian ini dilakukan bagi mengetahui sama ada penyertaan politik belia di Selangor dipengaruhi oleh faktor personaliti. Objektif kajian ini ialah untuk; (i) mengenal pasti tahap faktor personaliti dan tahap penyertaan politik dalam kalangan belia di Selangor, (ii) mengenal pasti hubungan antara faktor personaliti dan penyertaan politik dalam kalangan belia di Selangor, (iii) mengenal pasti faktor personaliti yang paling dominan dalam menerangkan penyertaan politik dalam kalangan belia di Selangor. Data dikumpulkan melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Pemilihan responden pula adalah berdasarkan persampelan berstrata. Responden kajian ini adalah seramai 398 orang responden belia yang berusia 24-40 tahun. Kajian ini meliputi empat buah daerah di Selangor iaitu Gombak, Klang, Petaling dan Hulu Langat yang dipilih berdasarkan kepadatan belia yang tinggi. Kajian ini menggunakan empat faktor personaliti daripada Model Lima Faktor iaitu sifat berhati-hati, ekstrovert, mudah bersetuju dan kestabilan emosi yang terdiri daripada 48 item manakala penyertaan politik mengandungi 16 item. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi statistik. Hasil kajian menunjukkan tahap faktor personaliti ekstrovert, mudah bersetuju dan kestabilan emosi adalah sederhana manakala tahap faktor personaliti sifat berhati-hati adalah tinggi. Manakala, tahap penyertaan politik secara formal, tidak formal dan keseluruhan dalam kalangan belia di Selangor adalah rendah. Kajian juga mendapati tiada hubungan yang signifikan antara faktor personaliti dan penyertaan politik formal dalam kalangan belia di Selangor. Bagi penyertaan politik tidak formal, kajian mendapati tiada hubungan yang signifikan antara faktor personaliti kestabilan emosi dan penyertaan politik tidak formal. Walau bagaimanapun, kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara faktor personaliti sifat berhati-hati, ekstrovert, mudah bersetuju dan penyertaan politik tidak formal dalam kalangan belia di Selangor. Bagi penyertaan politik keseluruhan pula, hasil kajian menunjukkan hanya faktor personaliti sifat berhati-hati mempunyai hubungan yang signifikan dengan penyertaan politik secara keseluruhan dalam kalangan belia di Selangor. Hasil kajian bagi objektif ketiga mendapati personaliti sifat berhati-hati merupakan personaliti yang paling dominan dalam menerangkan penyertaan politik tidak formal dan penyertaan politik keseluruhan. Oleh itu, kajian ini membuktikan faktor personaliti mampu menerangkan penyertaan politik belia di Selangor. Walaupun belia di Selangor dilihat cenderung melibatkan diri dalam ruang politik yang lebih luas, namun tahap penyertaan politik dalam kalangan belia masih lagi rendah. Oleh itu, parti politik dan badan bukan kerajaan perlu memberi peluang penyertaan dalam aktiviti politik yang lebih luas kepada belia di Selangor. Ini dapat meningkatkan keupayaan dan penyertaan belia dalam aktiviti politik serta mengubah tanggapan buruk mereka berkenaan politik.