Faktor pengetahuan dan sikap yang mempengaruhi tingkahlaku pembaziran penggunaan air, elektrik dan makanan dalam kalangan pengguna bandar di Semenanjung Malaysia
Pembaziran penggunaan sumber air, elektrik dan makanan adalah pembaziran yang berlaku tanpa kita sedari. Masalah pembaziran penggunaan sumber air, elektrik dan makanan ini biasanya berlaku dalam kalangan pengguna yang tinggal di kawasan bandar-bandar utama. Kajian ini kajian yang dilakukan dalam kal...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75659/1/MACFEA2015-5.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75659/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pembaziran penggunaan sumber air, elektrik dan makanan adalah pembaziran yang berlaku tanpa kita sedari. Masalah pembaziran penggunaan sumber air, elektrik dan makanan ini biasanya berlaku dalam kalangan pengguna yang tinggal di kawasan bandar-bandar utama. Kajian ini kajian yang dilakukan dalam kalangan pengguna yang tinggal di kawasan bandar-bandar utama Semenanjung Malaysia. Seramai 480 responden telah telibat didalam kajian ini. Borang kaji selidik telah di edarkan kepada responden yang terpilih untuk mendapatkan data berkaitan latar belakang dan berkaitan faktor yang mempengaruhi pengetahuan dan sikap responden terhadap tingkahlaku pembaziran penggunaan air, elektrik dan makanan. Bandar utama yang terpilih untuk lokasi kajian adalah bandar Kuala Terengganu, Alor Star, Johor Baharu, dan Shah Alam yang merupakan empat zon utama di Semenanjung Malaysia. Data kajian yang di peroleh telah dianalisis menggunakan analisis deskriptif bagi bahagian latar belakang responden, analisis Korelasi Pearson bagi melihat perkaitan antara sikap dan pengetahuan terhadap tingklahlaku responden dan analisis regrasi berganda (Stepwise) untuk melihat faktor yang mempengaruhi tingkahlaku pengguna terhadap pembaziran penggunaan sumber air, elektrik dan makanan. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua faktor pengetahuan dan sikap adalah penyumbang kepada masalah tingkahlaku pembaziran penggunaan sumber air, elektrik dan makanan dengan nilai p bagi kedua-dua faktor pengethuan dan sikap adalah ≤ 0.01. Hasil kajian juga menunjukan bahawa faktor sikap adalah faktor paling kuat menyumbang kepada masalah tingkahlaku pembaziran penggunaan sumber air, elektrik dan makanan dengan nilai (r = 0.645**, p = 0.000) berbanding pengetahuan (r = 0.512**, p 0.000). Nilai bagi model regrasi pelbagai Adjusted R Square bagi fakror pengetahaun pula adalah .414 dan faktor sikap adalah 4.31. Angaran pekali regrasi bagi sikap adalah beta (β = 0.536, p = 0.000) berbanding nilai beta bagi pengetahuan hanya (β = 0.172, p = 0.000). |
---|