Budaya masyarakat Tamil dalam sajak Bharatiyar
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji budaya masyarakat Tamil dalam sajak Bharatiyar. Walaupun banyak kajian yang berasaskan budaya telah dikaji sebelum ini, tetapi kajian ini merupakan kajian pertama yang mengkaji budaya terutama dalam sajak Bharatiyar. Kajian ini bertujuan mengenal pasti, meng...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | Malay |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75556/1/FBMK%202018%2054%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75556/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji budaya masyarakat Tamil dalam sajak
Bharatiyar. Walaupun banyak kajian yang berasaskan budaya telah dikaji sebelum
ini, tetapi kajian ini merupakan kajian pertama yang mengkaji budaya terutama
dalam sajak Bharatiyar. Kajian ini bertujuan mengenal pasti, mengklasifikasikan
dan menganalisis budaya dalam sajak Bharatiyar seterusnya menghuraikan budaya
tersebut dengan karya. Sebanyak 80 sajak Bharatiyar dipilih sebagai alat kajian
utama. Kajian ini berpandukan kepada kaedah kajian perpustakaan, kaedah analisis
teks membantu pengkaji mendapatkan sumber maklumat kajian ini. Bertitik tolak
daripada pendapat Seeni Naina (2011), kajian ini dijalankan untuk memperlihatkan
unsur-unsur budaya bagi masyarakat yang mengamalkan budaya kerana pengekalan
budaya dan penyebaran budaya sangat penting untuk mewariskan budaya tersebut
kepada generasi muda. Data-data yang dikumpul, diatur mengikut kategori secara
teliti dengan menggunakan teori sosiologi sastera dan Model Pencerminan Lukacs
(1972). Pembuktian teori ini dibuat bersesuaian dengan pokok persoalan kajian yang
ditetapkan. Penemuan yang diperolehi, dianalisis dan dikemukakan sebagai
kesimpulan. Dapatan kajian dapat memperlihatkan unsur-unsur budaya normatif,
budaya ekspresif, dan budaya kebendaan. Selain itu, penemuan kajian ke budaya
masyarakat Tamil dalam sajak Bharatiyar dapat dijadikan panduan kepada generasi
akan datang dan dan memberi impak kepada penulis, penyair tempatan untuk
menghasilkan karya kreatif. |
---|