Keberkesanan modul dalam meningkatkan penguasaan imbuhan meN dan peN dalam kalangan murid SJKC

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap penguasaan imbuhan meN dan peN murid SJKC dari segi penulisan dan menghasilkan satu modul prototaip pembelajaran imbuhan meN dan peN untuk murid SJKC. Kajian ini menggunakan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan yang dilaksanakan dala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ooi, Chwee Hwa
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75501/1/FBMK%202018%2034%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75501/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap penguasaan imbuhan meN dan peN murid SJKC dari segi penulisan dan menghasilkan satu modul prototaip pembelajaran imbuhan meN dan peN untuk murid SJKC. Kajian ini menggunakan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan yang dilaksanakan dalam 3 fasa, iaitu (1) Fasa Analisis Keperluan, (2) Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan serta (3) Fasa Penilaian Kebolehgunaan. Modul dibangunkan dengan berpandukan Elaboration Theory of Instruction (Reigeluth & Stein, 1983). Sampel kajian terdiri daripada 210 orang murid Tahun 2, 3 dan 4 dari 4 buah SJKC di Selangor. Kajian ini melibatkan kaedah kepustakaan dan kajian lapangan. Soal selidik digunakan untuk mengukur persepsi murid tentang imbuhan meN dan peN, mengesahkan kandungan modul oleh panel pakar melalui Kaedah Fuzzy Delphi dan meninjau persepsi guru serta murid terhadap modul. Ujian pra-pasca dijalankan untuk menguji keberkesanan modul prototaip pembelajaran imbuhan meN dan peN kepada murid SJKC sebelum dan selepas penambahbaikan modul tersebut bagi menghasilkan modul sebenar. Data soal selidik dilaporkan dalam peratusan kekerapan dan Ujian-t digunakan untuk membandingkan skor ujian pra-pasca. Soal selidik telah ditadbirkan ke atas 178 orang guru BM SJK menunjukkan responden mempunyai persepsi yang positif terhadap kesesuaian modul dalam membantu penguasaan imbuhan meN dan peN murid. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan modul memberi implikasi positif dalam meningkatkan penguasaan imbuhan meN dan peN murid SJKC.