Simbol maritim kuno pada hiasan perahu tradisional Melayu di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia

Kajian terhadap seni hias dalam kebudayaan Melayu banyak dibincangkan oleh pengkaji-pengkaji dalam dan luar negara. Namun begitu perbincangan khusus kepada seni hias pada perahu tradisional Melayu masih lagi kurang dan banyak perkara boleh dibincangkan lagi. Artikel ini akan menyentuh mengenai jump...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Wahab, Mohd Rohaizat, Nik Abd. Rahman, Nik Hassan Shuhaimi, Ramli, Zuliskandar, Abdul Samad, Mohammad Anis, Mohd Ali, Muhamad Syafiq, Mohd Mokhtar, Ahmad Helmi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75439/1/777-1.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75439/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian terhadap seni hias dalam kebudayaan Melayu banyak dibincangkan oleh pengkaji-pengkaji dalam dan luar negara. Namun begitu perbincangan khusus kepada seni hias pada perahu tradisional Melayu masih lagi kurang dan banyak perkara boleh dibincangkan lagi. Artikel ini akan menyentuh mengenai jumpaan simbol-simbol kuno yang digunakan dalam seni hias perahu tradisional Melayu terutama di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk melihat persamaan pemahaman masyarakat maritim di seluruh dunia mengenai penggunaan simbol kuno yang digunakan pada perahu mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan analisa visual berdasarkan jumpaan imej-imej yang menyerupai simbol kuno yang terdapat pada hiasan perahu di seluruh dunia. Simbol-simbol ini akan diperihalkan maksud dan perkaitannya dengan menggunakan kaedah ikonografi. Hasil daripada kajian ini mendapati kefahaman dan kepercayaan masyarakat maritim di seluruh dunia hampir sama pada simbol kuno tersebut dan salah satu keunikan dihasilkan oleh masyarakat Melayu adalah pada penghasilan simbol kuno ini dengan cara yang tersendiri dan ia juga menjadi ikonik kepada masyarakat pelaut Melayu di Pantai Timur.