Gaya bahasa perintah : satu kajian kontrastif antara bahasa Arab dengan bahasa Melayu

Ayat perintah terdapat di dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. Dalam bahasa Arab perbincangan ayat perintah sehingga mencapai ke tahap wacana yang melibatkan gaya bahasa dan stilistik. Sementara ayat perintah dalam bahasa Melayu dibincangkan pada tahap struktur ayat atau dalam kerangka sintaksis. Se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azmi, Fauzi, Muhammad, Ismail, Zainon Hamzah, Zaitul Azma
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75297/1/NCAL-1.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75297/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ayat perintah terdapat di dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. Dalam bahasa Arab perbincangan ayat perintah sehingga mencapai ke tahap wacana yang melibatkan gaya bahasa dan stilistik. Sementara ayat perintah dalam bahasa Melayu dibincangkan pada tahap struktur ayat atau dalam kerangka sintaksis. Sedangan pada realiti dan penggunaan ayat perintah bahasa Melayu juga terdapat unsur-unsur yang mencapai perbincangan di tahap wacana. Justeru kajian kontrastif ini diaplikasi untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan gaya bahasa perintah dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu Kajian linguistik kontrastif diaplikasikan bagi memudahkan pengajaran, pembelajaran dan penterjemahan bahasa bahasa kedua. Kajian ini merupakan kajian perpustakaan, kajian deskriptif dan analisis kontras berdasarkan teori struktural. Objektif kajian ialah untuk memaparkan aspek persamaan dan perbezaan dalam kedua-dua bahasa ini bagi membantu para pelajar untuk menguasai topik ini dengan lebih efisyen dan efektif. Dapatan kajian menjelaskan terdapat tujuh persamaan dan sembilan perbezaan gaya bahasa perintah dalam kedua-dua bahasa ini.