Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran anak di rumah dan hubungannya dengan pencapaian akademik murid sekolah agama bantuan kerajaan (SABK)

Ibu bapa berperanan sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan keberhasilan serta memastikan pembelajaran berkualiti anak mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran anak di rumah, mengenalpasti tahap pencapaian akademik murid dan menentukan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mahamud, Irma Yanti, Che Hassan, Norlizah, Mohd Fakhruddin, Fathiyah
Format: Article
Language:Malay
Published: Penerbit Kolej Universiti Islam Selangor 2018
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75236/1/Penglibatan%20ibu%20bapa%20dalam%20aktiviti%20pembelajaran%20anak%20di%20rumah%20dan%20hubungannya%20dengan%20pencapaian%20akademik%20murid%20sekolah%20agama%20bantuan%20kerajaan%20%28SABK%29.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75236/
http://rmc.kuis.edu.my/jpi/vol-5-no-1-april-2018/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ibu bapa berperanan sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan keberhasilan serta memastikan pembelajaran berkualiti anak mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran anak di rumah, mengenalpasti tahap pencapaian akademik murid dan menentukan hubungannya ke atas pencapaian akademik murid di lima buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di empat daerah di Negeri Sembilan. Kajian berbentuk tinjauan yang menggunakan teknik pengumpulan data secara rawak berkelompok ini telah digunakan untuk mengenalpasti 227 orang responden yang terdiri daripada murid tingkatan empat. Instrumen kajian yang digunakan adalah adaptasi dan diubahsuai daripada Kajian Keberkesanan Buku Sarana Ibu Bapa Terhadap Pembelajaran Murid dan Indeks Persepsi Murid Terhadap Program Sahsiah Unggul Murid 2013. Darjah kebolehpercayaan (Cronbach Alpha) bagi keseluruhan instrumen adalah .942. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisa frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Hasil dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya tahap penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran anak di rumah menunjukkan tahap yang tinggi (M=3.86, SP=0.62). Namun demikian, bagi komponen komunikasi anak dengan ibu bapa (M=3.52, SP=0.80) dan sokongan ibu bapa terhadap kecemerlangan anak (M=3.64, SP=0.76) menunjukkan tahap yang sederhana. Keputusan analisis korelasi pula menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik murid (r=0.058, p=0.386). Kajian ini sekaligus memberi maklumat dan gambaran awal trend status penglibatan ibu bapa melalui pelaksanaan Sarana Ibu Bapa di bawah Anjakan Ke Sembilan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.