Pengaruh guru, rakan sebaya dan sokongan keluarga terhadap keterlibatan matematik dalam kalangan murid sekolah menengah

Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh guru, kesepaduan murid dan penglibatan keluarga terhadap keterlibatan matematik dalam kalangan murid sekolah menengah di Pulau Pinang. Seramai 155 orang murid daripada pelbagai sekolah terlibat dalam kajian yang dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Ayub, Ahmad Fauzi, Md. Yunus, Aida Suraya, Mahmud, Rosnaini
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UPSI 2018
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75228/1/Pengaruh%20guru%2C%20rakan%20sebaya%20dan%20sokongan%20keluarga%20terhadap%20keterlibatan%20matematik%20dalam%20kalangan%20murid%20sekolah%20menengah.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75228/
http://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/issue/view/205
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh guru, kesepaduan murid dan penglibatan keluarga terhadap keterlibatan matematik dalam kalangan murid sekolah menengah di Pulau Pinang. Seramai 155 orang murid daripada pelbagai sekolah terlibat dalam kajian yang dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min keseluruhan keterlibatan murid dalam matematik adalah 3.60 (SP = .41). Secara terperinci, keterlibatan murid dalam matematik adalah lebih secara tingkahlaku (M = 3.76, SP = 0.56) diikuti oleh domain afektif (M = 3.56, SP = .42) dan domain kognitif (M = 3.55, SP = 0.41).Dapatan kajian juga mendapati semasa proses pembelajaran dan pengajaran matematik, murid mendapat sokongan yang baik daripada guru (M = 3.80, SP = 0.56), kesepaduan murid (M = 3.65, SP = 0.53) dan penglibatan ibu bapa (M = 3.32, SP = 0.71). Analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif antara penglibatan ibu bapa (r = .515; p < .001), sokongan guru (r = .494, p < .001) dan kesepaduan murid (r = .643;p < .001) dengan keterlibatan murid dalam matematik. Analisis regresi berganda pula menunjukkan bahawa ketiga-tiga faktor di kaji mempengaruhi keterlibatan murid dalam matematik dengan varian sebanyak 46.2%. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa ketiga-tiga faktor ini dapat meningkatkan keterlibatan murid dalam matematik dengan kesepaduan murid merupakan penyumbang terbesar iaitu sebanyak 42.5%.